Showing posts with label HOSPITAL SERDANG. Show all posts
Showing posts with label HOSPITAL SERDANG. Show all posts

21 December 2017

BERKHATAN DI HOSPITAL SERDANG - PART 4

Finally, the day is here. Harith memang dah mentally prepared untuk berkhatan sebab hari-hari Fidah cerita dengan dia ttg berkhatan ni in a positive way la. Sampai dia jadi excited nak go through experience ni.

18 Disember awal pagi Fidah dah hantar Suami dan Harith ke Hospital. Suami yang teman Harith kat sana. 1 sebab Fidah tak sanggup tengok anak Fidah sorang tu kene admit ward, 1 lagi sebab ada 2 orang princess kat rumah kene handle. So suami je la yang teman Harith. Sampai hospital je Harith terus dapat naik wad. Everything was prepared for him. Mummy ada bekalkan dia buku cerita Thomas Train dan buku latihan Bahasa Malaysia but biasa lah,,dia selagi tak paksa, selagi tu tak bukak buku. So dia bosan cepat. Ayah dia pun belikan dia lego.

Fidah terus ke part berkhatan la yer. In between nak ke 19 disember tu banyak benda berlaku but semua normal la. Suami cakap doktor2 semua sgt friendly..sangat bagus. Sebelum2 ni Fidah pernah baca2 jugak review pasal Hospital Serdang ni, memang feedback positif je.

19 Disember awal pagi pukul 7 suami dah siap2 mandikan Harith. 7.30 Nurse bilik OT dah bawak Harith ke bilik OT. Suami pun ikut. Suami boleh ada dalam bilik OT sampai Harith 'tidur' then doktor suh keluar. Pukul 8 Harith masuk OT, pukul 9 dia dah keluar. Pukul 10 dia dah sedar and dah boleh balik wad. Semuanya smooth je..Alhamdulillah. Kata suami, dalam bilik OT tu ada 2 org doktor. Sorang doktor pakar dan sorg doktor assistance. Nak bersunat pun dua org doktor kan..macam funny pulak but itu procedure hospital. Cara berkhatan kat hospital ni cara lama, berjahit tapi tak perlu follow up. Benang tu akan resolve sendiri.

Petang tu pukul 5 Harith dah dibenarkan balik rumah sebab dia dah boleh jalan dan dah boleh kencing. Makan pun berselera je. Alhamdulillah..tak ada masalah. Harith dibekalkan air garam, cream untuk luka jahitan dia dan juga ubat tahan sakit a.k.a paracetamol.

Dari awal nak set appointmnet, set tarikh, set procedures dan berkhatan semuanya berjalan dengan lancar. Tak ada masalah langsung and layanan yang diberikan memang tip top! Kalau korang nak tahu, kos berkhatan di Hospital Sedang tu cecah RM2,000 tau. tapi sebab Fidah and suami kerja kerajaan, fee untuk kami adalah Percuma. Kalau orang awam hanya perlu bayar RM20 sahaja. RM20 sahaja tau dengan layanan tip top tu. Sangat lah worth it!! Tak sia2 kami pilih Hospital Kerjaan. So nasihat Fidah untuk korang yang sedang survey2 untuk khatankan anak tu, pilih lah berkhatan di hospital kerajaan.
Dapat bed dah.



Harith dan lego berpisah tiada.

Makan berselera. 

Ni masa nak masuk line untuk ubat bius. Hari pertama admit wad doktor dah pasang line.

Harith dah siap nak masuk OT. Nurse yang siapkan


Nampak sedikit cuak muka Harith tu
Dah keluar OT, tunggu dia sedar baru akan di bawa ke wad.

Selesai sudah! Sambung tgk youtube.

Dah balik rumah.

Sebab kami tak ada tempat nak gantung kain, so laptop table ni jadi khemah Harith..hihi..
Total Cost RM2k+. Tapi tak perlu bayar kalau kerja kerajaan.



Terima Kasih

17 December 2017

BERKHATAN DI HOSPITAL SERDANG - PART 3





8 Disember seperti yang telah ditetapkan, Fidah bawak Harith ke Hospital Serdang once again untuk appointment Doktor bius pulak. Fidah naik grab je this time sebab parking kat Hospital Serdang tu macam impossible je nak dapat. Always penuh and sesak. Grab RM13 je. Mudah!

This time tak perlu nak tunggu turn lama2 kat bawah tu. Terus naik tingkat 2 ke tempat ambil darah. Ambil no giliran kat situ. Sekejap je sebab tak ramai pun appointment dengan doktor bius plus it was a Friday.

First2 masuk, nurse timbang berat Harith and ukur tinggi dia. Then ambil tekanan darah. Nurse kata dapat A+. Bacaan semua cantik.

Ten pegi jumpa doktor bius. Masa ni la doktor bius terangkan apa yang akan berlaku dalam OT nanti. Harith akan di bius penuh sebab dia masih kecil. Fidah memang dah tahu dah ttg ni, masa 1st appointment doktor dah beritahu siap2. Ada a few things yang doktor pesan :

1. Jaga Harith jangan sampai dia demam or batuk or selsema. Sebab kalau batuk atau selsema, mereka tak boleh nak masukan tiub ke dalam mulut Harith masa dia pengsan tu. Henc, terpaksa tunda surgery.

2. Make sure Harith tak ada asthma atau yang seangkatan dengannya. If ada, kene beritahu siap2 supaya langkah precaution boleh diambil oleh doktor. Alhamdulillah..Harith memang tak ada asthma.

3. Allergik pada ubat. Nope..ni pun Harith tak ada.

So yang kene jaga-jaga adalah demam, batuk, selsema. Masa doktor cakap tu Fidah dah agak risau sebenarnya sebab on the next day nak balik Gemas. Balik Gemas confirm mereka akan berendam dalam swimming pool. Ya Allah..risau sangat. Fidah doa banyak2 pd Allah SWT supaya dipermudahkan segalanya. And dalam keoala otak ni terbayang Omegaguard, Vitalea for Children dan Nutriferon je. Bila beritahu pada suami ttg pesanan doktor, suami pun sebut "haa...bagi dia nutriferon"..hahaha..kami memang yakin dengan product Shaklee.

Appointment Doktor bius ni kejap je. Pukul 8 smpai Hospital, 9.30 dah balik rumah dah.

Semua appointmnet dah habis. Tunggu nak admit je pada 18 Disember. Doktor suh datang awal pagi sebab takut katil penuh. But actually malam sebelum nak admit tu doktor dah call untuk confirmkan kehadiran and book katil. Bagus kan hospital kerajaan ni..sgt prihatin

Terima Kasih

16 December 2017

BERKHATAN DI HOSPITAL SERDANG - PART 2

All right, pada tarikh yang dah ditetapkan appointment tu ( Fidah tak ingt tarikh..👅), Fidah yang bawa Harith sebab suami ada urusan penting. Sampai hospital je, macam biasa lah kene daftar kat kaunter pendaftaran then tunggu giliran. Tak lama pun..jap je dah dapat dah jumpa doktor.

Doktor cek lagi bebird Harith. Ok..sesuai nak bersunat katanya. Now nak pilih tarikh. Asalnya Fidah nak awal cuti sekolah akhir tahun. Tapi malangnya, penuh semuanya sampai lah 19 haribulan. Masa tu Fidah pegi nak book tarikh bilan 6 ke 7 macam tu tau..pun dah penuh. sebabnya, hospital Serdang buat procedure berkhatan atau circumsation hanya lah sekali sahaj seminggu iaitu pada hari Selasa. And pada hari yang sama juga ada surgery2 lain yang pakar bedah tu kene attend. So, reasonable la kan. Jadi korang yang pilih hospital kerajaan untuk khatankan anak tu kene pegi book awal2 kalau nak tarikh yang korang nak tu.

19 Disember 2017, tarikh dah di book. Doktor suruh datang register nak masuk wad pada 18hb lagi. Yesss...berkhatan di hospital kerajaan kene admit tau..tidur wad 1 malam. Macam major surgery pulak kan... macam leceh pun ada. Tapi sebab dah commit, Fidah and suami teruskan je la. Malas nak fikir banyak2. Serah je pda Allah SWT. Bukan tu je. 8hb Disember kene datang juga hospital appointment dengan doktor bius.. huhu je la Fidah masa tu kan....tapi Fidah akur je la sebabnya dah cerita dalam part 1 kan..

dah dapat Tarikh2 tu, dah boleh balik...😀

Terima Kasih

15 December 2017

BERKHATAN DI HOSPITAL SERDANG - PART 1

BERKHATAN DI HOSPITAL SERDANG
Tahun di Harith dah 6 tahun. Tahun depan nak masuk Tahun 1 dah. Fidah and suami mmg dh bincang nak sunatkan Harith sebelum dia naik Tahun 1. So, dari hujung tahun lepas lagi kami dah mula survey2 klinik yang sesuai based on pengalaman kawan2 dan saudara mara.

Survey punya survey, pertengahan tahun ni suami kata kita sunatkan kat Hospital Kerajaan je la...FREE je..kikiki..=) Tapi bukan tu sebabnya kenapa kami pilih hospital kerajaan. salah satu sebab yang paling utama adalah sebab kisah2 seram mereka yang berkhatan di klinik swasta. Tahun lepas macam banyak la jugak kan kes kecuaian klinik yang guna laser. Ada yang terpotong lebih, ada yang sampai terputus..
Huhuhu..memang tak dapat bayangkan kalau berlaku pada Harith. Lagi satu sebab tengok sepupu Harith sendiri melalui pengalaman yang agak buruk lepas berkhatan di klinik swasta. So kami dengan sebulat suara memilih Hospital Kerajaan iaitu Hospital Serdang.

Suami pun call Klinik Kesihatan Seri Kembangan untuk tahu lebih lanjut procedure booking. KK cakap perlu pegi ke KK untuk dapatkan surat doktor. A few days after that suami pun ke KK untuk ambil surat. Sampai sana, doktor cakap tak payah pun datang KK, pegi hospital terus je..haha.. Tapi alang2 dah sampai sana, doktor cek jugak la bebird Harith. Alhamdulillah..semua ok. So doktor pun keluarkan surat refer ke Hospital Serdang. Hari yang sama juga, suami terus ke Hospital Serdang untuk tarikh appointment.

nak berkhatan dengan hospital kerajaan ni banyak jugak procedure nya..so kene la bersabar dan bertabah yer..
Apa yang berlaku masa next appointment tu boleh ke part 2



Terima Kasih

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign