21 December 2017

BERKHATAN DI HOSPITAL SERDANG - PART 4

Finally, the day is here. Harith memang dah mentally prepared untuk berkhatan sebab hari-hari Fidah cerita dengan dia ttg berkhatan ni in a positive way la. Sampai dia jadi excited nak go through experience ni.

18 Disember awal pagi Fidah dah hantar Suami dan Harith ke Hospital. Suami yang teman Harith kat sana. 1 sebab Fidah tak sanggup tengok anak Fidah sorang tu kene admit ward, 1 lagi sebab ada 2 orang princess kat rumah kene handle. So suami je la yang teman Harith. Sampai hospital je Harith terus dapat naik wad. Everything was prepared for him. Mummy ada bekalkan dia buku cerita Thomas Train dan buku latihan Bahasa Malaysia but biasa lah,,dia selagi tak paksa, selagi tu tak bukak buku. So dia bosan cepat. Ayah dia pun belikan dia lego.

Fidah terus ke part berkhatan la yer. In between nak ke 19 disember tu banyak benda berlaku but semua normal la. Suami cakap doktor2 semua sgt friendly..sangat bagus. Sebelum2 ni Fidah pernah baca2 jugak review pasal Hospital Serdang ni, memang feedback positif je.

19 Disember awal pagi pukul 7 suami dah siap2 mandikan Harith. 7.30 Nurse bilik OT dah bawak Harith ke bilik OT. Suami pun ikut. Suami boleh ada dalam bilik OT sampai Harith 'tidur' then doktor suh keluar. Pukul 8 Harith masuk OT, pukul 9 dia dah keluar. Pukul 10 dia dah sedar and dah boleh balik wad. Semuanya smooth je..Alhamdulillah. Kata suami, dalam bilik OT tu ada 2 org doktor. Sorang doktor pakar dan sorg doktor assistance. Nak bersunat pun dua org doktor kan..macam funny pulak but itu procedure hospital. Cara berkhatan kat hospital ni cara lama, berjahit tapi tak perlu follow up. Benang tu akan resolve sendiri.

Petang tu pukul 5 Harith dah dibenarkan balik rumah sebab dia dah boleh jalan dan dah boleh kencing. Makan pun berselera je. Alhamdulillah..tak ada masalah. Harith dibekalkan air garam, cream untuk luka jahitan dia dan juga ubat tahan sakit a.k.a paracetamol.

Dari awal nak set appointmnet, set tarikh, set procedures dan berkhatan semuanya berjalan dengan lancar. Tak ada masalah langsung and layanan yang diberikan memang tip top! Kalau korang nak tahu, kos berkhatan di Hospital Sedang tu cecah RM2,000 tau. tapi sebab Fidah and suami kerja kerajaan, fee untuk kami adalah Percuma. Kalau orang awam hanya perlu bayar RM20 sahaja. RM20 sahaja tau dengan layanan tip top tu. Sangat lah worth it!! Tak sia2 kami pilih Hospital Kerjaan. So nasihat Fidah untuk korang yang sedang survey2 untuk khatankan anak tu, pilih lah berkhatan di hospital kerajaan.
Dapat bed dah.



Harith dan lego berpisah tiada.

Makan berselera. 

Ni masa nak masuk line untuk ubat bius. Hari pertama admit wad doktor dah pasang line.

Harith dah siap nak masuk OT. Nurse yang siapkan


Nampak sedikit cuak muka Harith tu
Dah keluar OT, tunggu dia sedar baru akan di bawa ke wad.

Selesai sudah! Sambung tgk youtube.

Dah balik rumah.

Sebab kami tak ada tempat nak gantung kain, so laptop table ni jadi khemah Harith..hihi..
Total Cost RM2k+. Tapi tak perlu bayar kalau kerja kerajaan.



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign