Showing posts with label MASALAH KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label MASALAH KESIHATAN. Show all posts

10 October 2013

Resdung..oh..Resdung~~

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

TANDA-TANDA RESDUNG

# Hidung selalu tersumbat
# Lendir dari hidung dan tekak
# Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
# Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
# Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
# Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

PUNCA RESDUNG

Alahan.
Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya."**"

Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi."**"

Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi."**"

Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini."**"
Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

PETUA MENCEGAH RESDUNG

Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.

Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.

Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu......



DAPATKAN CONSULATION TENTANG MASALAH KESIHATAN ANDA SECARA PERCUMA DARIPADA SAYA.
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
HAFIDAH 910017

CONTACT NUMBER :019-2612786

Terima Kasih

PSORIASIS~Masalah kulit yang tidak boleh dibiarkan.

Definasi
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
• Keguguran sisik pada kulit
• Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
• Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis psoriasis
• Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
• Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
• Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
• Lampin psoriasis
• Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan.

Komplikasi
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
• Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
• Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)
Krim dan ubatan yang boleh melegakan. Pelembab
• Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
o Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
o Menggunakan sarung tangan
o Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak

Ubatan dan krim
• Doktor akan memberi ubatan seperti :
o Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
o Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
o Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

Dimana untuk mendapat rawatan?
Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda

Perkara perlu diingati Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.

------------------------
cadangan supliment SHAKLEE BAGI PESAKIT PSORISIS:

NUTRIFERON: sebagai IMMUNE BOOSTER (ambil setiap hari)

BCOMPLEX: mengawal stress. kerana tompokan psorisis akan lebih cepat merebak jika stress.

GLA : menstabilkan hormon dalam badan

VITAMIN C: supaya kulit tidak menggelupas
collagen powder: melembapkan, dan menolong sel - sel semakin baik

ESP : protein untuk pembentukan sel kulit baru

[luaran]
herbal blend: sebagai lotion untuk melebapkan kulit



DAPATKAN CONSULATION TENTANG MASALAH KESIHATAN ANDA SECARA PERCUMA DARIPADA SAYA.
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
HAFIDAH 910017


CONTACT NUMBER :019-2612786


Terima Kasih

08 October 2013

ALERGI HIDUNG

 “Ramai rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa terdapat pencetus spesifik bagi alergi, atau impak yang disebabkan oleh alergi pada aktiviti harian dan prestasi mereka,” tambah Amir Hamzah.

Para penyelidik dari Universiti Malaya yang menjalankan saringan rambang ke atas 136 responden di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur pada tahun 2010 menemui satu data penting iaitu walaupun 79 peratus responden mencatatkan episod alergi rinitis, hanya 28 peratus daripada mereka mendapatkan rawatan.

Ramai yang mengalami masalah Alergi Hidung ni tapi hanya sebahagian kecil sahaj yang mendapatkan rawatan. Sebenarnya, sangat penting untuk dapatkan rawatn bagi maslaah ni. Kalau dibiarkan, dikhuatiri akan memudaratkan kesihaTAN.

Selain daripada mendapatkan rawatan perubatan, anda juga boleh mengambil supplement ataupun makanan tambahan bagi menguatkan system imun badan untuk melawan bendasing-bendasing yang menyebabkan alergi ni. Diatas kesedaran betapa pentingnya untuk mengatasi masalah alergi hidung, Shaklee telah mengeluarkan beberapa supplement yang mampu membantu penghidap alergi hidung menjalani hidup yang lebih berkualiti.

Antara supplement  yang dicadangkan adalah:

VIVIX
Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular

NUTRIFERON
Mempertingkatkan system imun badan

VITAMIN C
Meminimakan kesan alergi pada individu terutamanya terhadap habuk dan debungan.

GARLIC
Antibiotic semulajadi

CAROTOMAX
Meningkatkan fungsi imun

ZINC COMPLEX
Meningkatkan fungsi imun

VITAMIN E
Meningkatkan fungsi imun

ESP
Meningkatkan tenaga

ALFALFA COMPLEX
Detoksifikasi dan anti-keradangan.


DAPATKAN FREE CONSULATION TENTANG MASALAH KESIHATAN ANDA SECARA PERCUMA DARIPADA SAYA.
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
HAFIDAH 910017

CONTACT NUMBER :019-2612786

Terima Kasih

06 April 2013

GOUT


·         Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
·         Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
·         Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
·         Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
·         Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
·         Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
·         Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
·         Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.


Tanda2 Gout

1.    Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2.    Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3.    Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4.    Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5.    Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6.    Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7.    Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi

1.    Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
2.    Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
3.    Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:

·         Kegemukan
·         Darah tinggi
·         Hiperlipidemia
·         Diabetes

Rawatan

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

·         Rawatan serangan akut
·         Rawatan Jangka Panjang
·         Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
·         Pemakanan

Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

ELAKKAN DAN KURANGKAN MAKAN

·         Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak

·         Ikan bilis, kembung, sardin

·         Daging cincang

·         Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging

·         Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

·         Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam

·         Peanuts, lentil, beans and peas

·         Poultry

·         Roti jagung dan bijirin

Pencegahan

1.    Rehatkan sendi semasa serangan gout.

2.    Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

3.    Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

4.    Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

5.    Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang

6.    Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

7.    Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

8.    Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan

9.    Mengelakkan minuman keras

10. Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi

11. Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

12. Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal

13. Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout

14. Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.

15. Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.

16. Minum banyak air

Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan

Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.

Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Terima Kasih

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign