Showing posts with label JIMAT. Show all posts
Showing posts with label JIMAT. Show all posts

07 September 2014

SET SOFA + MEJA MAKAN HANYA RM2500!

Haaa..jgn tak percaya dengan tajuk tu.
Bukan main2 tau.
Memang betul..set sofa 3 + 2 + 1 dan dinning table 6 kerusi HANYA RM2500!
Kat mana saya beli?

Meh nak cerita...

Memang dah lama dah sebenarnya nak tukat set sofa dan meja makan. Set sofa yang lama tu dah teruk sangat koyaknya. Tapi structure dia elok lagi. Set tu beli pun mahal..dalam RM5K ke RM6K camtu. Dah 7 tahun kan..so kusyen dia dah koyak. Tambah pulak dengan anak-anak yang suka lompat2 atas tu..mmg lg cepat la dia koyak rabak.
Ni single seater..elok lagi keadaannya. Ni la salah 1 sebab kenapa rasa berat sangat nak beli set baru. 



3 seater ni la yg plaing teruk skali keadaannya. Dah berapa kali tampal guna duck tape tu..asyyik kene bukak je ngan anak2

Ada banyak sebab kenapa rasa berat nak tukar set sofa ni:
==> yang teruk hanya yg 3 seater tu je. Yang lagi dua elok sangat lagi
==> tak ada kedai perabot yg berhampiran rumah ni yang nak tolong g buangkan or yang nak amek set sofa ni..in case beli yg baru.
==> ongkosnya....mahal sangat la kalau nak beli set baru yang ok. Dah la tengah kumpul duit untuk benda yang lebih penting ni..

ok..bila dah konsider dari pelbagai sudut, dah tak jadi beli set baru.
Dining table pun gitu jugak. Makmentua mintak meja makan yang segi empat..yang bulat makan space. Tapi sebab keadaannya yang still elok dan tak tahu nak campak kat mana yang lama ni kalau beli yang baru, hajat nak beli baru tu terbantut.

Sampai la husband terjumpa 1 kedai kat puchong ni yang boleh make over semula perabot.
Kian Hong Design nama kedai tu.
Borak punya borak..send gambar semua..tauke tu cakap dia boleh buat bagi cantik.
Harga??
Hanya la RM1500 untuk set sofa dan RM800 unruk meja makan.
Cover leather lagi tu..
Pengambilan dan penghantaran percuma lagi uuuuu...
Seminggu lepas dia ambil untuk make over tu..hari ni dah dapat semula.
Hasilnyya???
memang mantoppp!



ini model cilik..excited nak duduk dikelilingi set sofa yg still bau kulit tu...


dah dapat set sofa "baru", susunan pun nak cuba yg baru jugak..cun x??

Ini la 3 seater yg amat dahsyat tu. Tauke tu pun cakap, spring2 semua dh rosak. so dia kasi ganti yang baru..PERCUMA je...


Cun kan..
Memang puas hati la servis dia.

Meja makan pulak, meja je tukar beli baru. dari bulat ke segi empat. Kerusi semua elok lagi, so kami mintak dia tambah span n balut dgn kain je. dah nampak macam baru.
Nah..untuk tatapan u all..

nampak macam tak matching kan kerusi dan table..tapi xpe..bila dah lapar, dah tak nampak warna kerusi dah..=)


Disebabkan kami dah jatuh cinta dengan servis kilang tu, next time kami akan buat make over dgn dia lagiii..=))
Sesiapa yang dah bosan dengan sofa skrg..nak tukar2 warna, boleh la. Nah no tauke tu..012-6865977. Tak tahu nama sebab save dia as "sofa" je..



Terima Kasih

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign