Showing posts with label Diabetes. Show all posts
Showing posts with label Diabetes. Show all posts

08 October 2014

ESP ~ MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH (39)

Tahukah anda apa itu Indeks Glisemik?

Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mempunyai karbohidrat ke atas paras glukosa darah. Pendek kata, ia menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula atau glukosa dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (GI) yang tertinggi yang akan menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat dengan cepat manakala yang mempunyai GI rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan dan teratur sambil membebaskan glukosa ke dalam sistem badan kita pada kadar yang terkawal. 

ESP
Makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah sangat lambat untuk dicerna dan diserap kerana pemecahan dan pembebasan glukosa adalah secara berperingkat-peringkat. Mengekalkan paras glukosa dalam darah pada kadar yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan kerana ia juga dapat mengawal selera makan si pemakan dan juga melambatkan rasa lapar mereka. Selain itu, ia juga memberi manfaat dalam penjagaan kesihatan untuk jangkamasa yang panjang. 


Di bawah ini merupakan makanan-makanan harian kita beserta indeks glisemik masing-masing. Mungkin ini boleh dijadikan sedikit sebagai panduan bagi mereka yang mengalami kencing manis agar mereka dapat mengawal penyakit mereka melalui kawalan pemakanan.
ESP

ESP



GI tinggi  : 70 dan ke atas
GI sederhana : 56-69
GI rendah : 55 dan ke bawah


ESP mempunyai GI- 39 manakala Meal Shakes GI - 44. GI berada pada paras yang rendah untuk kedua-duanya.

Amat penting bagi pesakit kencing manis agar mereka mengawal paras gula mereka melalui pemakanan ini kerana ia akan turut memberi kesan kepada kualiti hidup dan juga jangka hayat pesakit. Jika paras gula dalam darah tidak terkawal dalam tempoh yang agak lama, ia mungkin akan menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti Diabetik neuropati atau kerosakan saraf, hilang daya penglihatan, buah pinggang rosak dan juga hilang deria rasa pada kaki dan tangan. Jadi, cuba dapatkan makanan yang berglisemik rendah sebagai langkah kawalan dan Energizing Soy Protein adalah salah satunya kerana ia juga dapat mengawal selera makan anda untuk tempoh yang lebih lama.



Best regards,
Hafidah Khaja Mohideen
Shaklee Independent Distributor

Rakan Shaklee Anda - COD : Seri Kembangan, Serdang, Sekitar KL
Dapatkan Konsultasi Percuma Dari Saya
Shaklee, Sentiasa yang Terbaik
Tel: 019-2612786
hafidahkhajamohideen@yahoo.com

Terima Kasih

20 December 2013

APA ITU DIABETES?

***SET DIABETES***
Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis.
Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu:
1. Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan insulin setiap hari.
2. Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak menggunakan insulin dengan betul seperti biasa
TANDA-TANDA DIABETES
Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes
- Adik beradik kepada pesakit diabetes
- Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
- Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
- Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
- Individu yang tindak bersenam
- Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun
Pencegahan Diabetes
Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:
1. PEMAKANAN SIHAT
Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta mengikut keperluan umur
2. BERSENAM
Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 20 minit bagi setiap sesi dan bertambah menyeronokkan bersenam bersama keluarga
3. PENJAGAAN KESIHATAN
Lakukan pemeriksaan doktor apabila anda mengalami tanda-tanda diabetes
4. SUPPLEMENT
Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik.
5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya penyakit diabetes dalam tubuh.
Cadangan Supplement untuk Pesakit Diabetes :
1.ESP
- ESP bukan lah ubat untuk Diabetes. Tapi ia mampu membantu tubuh pesakit mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi. Jadi, kenapa ia sesuai untuk pesakit DIABETES?? Kerana ESP adalah minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah. Adalah penting bagi pesakit Diabetes mengikut diet yg direka khas bagi mereka untuk menjaga paras gula dari meningkat secara mendadak setiap kali selepas makan. Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebih baik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit Diabetes yang mengikuti diet yang lain.
2.VITA-LEA
- Juga dikenali dengan nama multivitamin.. Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk kita yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian.
3.B-COMPLEX
- Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga
4.ZINC COMPLEX
- Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat
5.VITA-C
- Mengukuhkan kapilari dan salur darah
6.GLA COMPLEX
– menghalang komplikasi diabetes. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
*Hubungi HAFIDAH 019-261 2786 untuk mendapatkan produk ini*

Terima Kasih

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign