Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis.
Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu:
1. Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan insulin setiap hari.
2. Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak menggunakan insulin dengan betul seperti biasa
TANDA-TANDA DIABETES
Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes
- Adik beradik kepada pesakit diabetes
- Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
- Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
- Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
- Individu yang tindak bersenam
- Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun
Pencegahan Diabetes
Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:
1. PEMAKANAN SIHAT
Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta mengikut keperluan umur
2. BERSENAM
Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 20 minit bagi setiap sesi dan bertambah menyeronokkan bersenam bersama keluarga
3. PENJAGAAN KESIHATAN
Lakukan pemeriksaan doktor apabila anda mengalami tanda-tanda diabetes
4. SUPPLEMENT
Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik.
5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya penyakit diabetes dalam tubuh.
Cadangan Supplement untuk Pesakit Diabetes :
1.ESP
- ESP bukan lah ubat untuk Diabetes. Tapi ia mampu membantu tubuh pesakit mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi. Jadi, kenapa ia sesuai untuk pesakit DIABETES?? Kerana ESP adalah minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah. Adalah penting bagi pesakit Diabetes mengikut diet yg direka khas bagi mereka untuk menjaga paras gula dari meningkat secara mendadak setiap kali selepas makan. Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebih baik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit Diabetes yang mengikuti diet yang lain.
2.VITA-LEA
- Juga dikenali dengan nama multivitamin.. Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk kita yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian.
3.B-COMPLEX
- Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga
4.ZINC COMPLEX
- Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat
5.VITA-C
- Mengukuhkan kapilari dan salur darah
6.GLA COMPLEX
– menghalang komplikasi diabetes. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
*Hubungi HAFIDAH 019-261 2786 untuk mendapatkan produk ini*
No comments:
Post a Comment