1. Jantung yang
lebih kuat dan lebih sihat
CoQ10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga pada
otot jantung, meningkatkan kekuatan tindakan jantung semasa mengepam. Kajian
menunjukkan bahawa CoQ10 boleh menambahbaik sistem peredaran darah,
mengurangkan kekerapan sakit di bahagian dada dan degupan jantung yang kencang
(Kamikawa T, et al).
2.
Tekanan darah dan paras kolesterol yang
lebih baik
Banyak kajian menunjukkan bahawa CoQ10 mempunyai
potensi untuk merendahkan tekanan darah secara semulajadi tanpa sebarang kesan
sampingan (Mortensen SA, Leth A, Agner E, Rohde M). Ia juga bertindak sebagai
agen antioksida yang berkuasa, CoQ10 menghalang oksidasi LDL (Low Density
Lipoprotein), kolesterol ‘jahat’. Jadi ia kurang termendap dan mengakibatkan
menyumbat pembuluh darah (Judy W. Southeastern).
3. Memacu
tenaga
CoQ10 juga membantu memacu (boost) tahap tenaga,
meningkatkan stamina dan mengurangkan kelesuan/keletihan. Kajian menunjukkan
pengambilan suplemen CoQ10 setiap hari boleh mengurangkan simptom keletihan
sebanyak 90% (Judy. W. Southeastern).
4. Kesihatan
& kesediaan mental yang baik
CoQ1o memberikan tenaga kepada sel-sel otak yang
mana ia membantu meningkatkan kepekaan (alertness), memori dan aktiviti
kognitif (berfikir). Kajian menunjukkan pengambilan supplemen CoQ10
mengurangkan kekerapan migraine, sakit kepada dan loya (Sandor PS, Di Clemente
L, Coppola G, et al.)
5. Kulit yang lebih
muda & remaja
CoQ10 membaiki pengaliran darah untuk membekalkan
tisu kulit dengan oksigen yang secukupnya dan nutrient bagi membantu proses
baikpulih, meremajakan dan meningkatkan penghasilan kolagen. Ini membantu
menawarkan kulit yang lebih anjal, cerah dan bersinar.
6. Meningkatkan
kesuburan
CoQ10 mengurangkan tekanan oksidasi yang mana
terbukti mapu mencipta persekitaran yang lebih sihat untuk meningkatkan
bilangan/kuantiti sperma, pergerakkan sperma yang lebih pantas dan kualiti
sperma yang lebih baik. Ia juga mampu meningkatkan kualiti ovum (sel telur)
bagi wanita (Lewin A, Lavon H).
HAFIDAH KHAJA MOHIDEEN SHAKLEE INDEPENDENTT DISTRIBUTOR (SID 910017) CONTACT NO: 019-2612786
No comments:
Post a Comment