Tahukah anda apa itu Indeks Glisemik?
Indeks glisemik adalah indeks
pengukuran mengenai kesan makanan yang mempunyai karbohidrat ke atas paras
glukosa darah. Pendek kata, ia menempatkan kedudukan karbohidrat
berdasarkan impaknya terhadap paras gula atau glukosa dalam darah. Karbohidrat
yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (GI) yang tertinggi yang
akan menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat dengan cepat manakala yang
mempunyai GI rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan dan teratur
sambil membebaskan glukosa ke dalam sistem badan kita pada kadar yang
terkawal.
Makanan yang mempunyai indeks
glisemik yang rendah sangat lambat untuk dicerna dan diserap kerana pemecahan
dan pembebasan glukosa adalah secara berperingkat-peringkat. Mengekalkan paras
glukosa dalam darah pada kadar yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan kerana ia juga dapat mengawal selera makan si pemakan dan juga
melambatkan rasa lapar mereka. Selain itu, ia juga memberi manfaat dalam
penjagaan kesihatan untuk jangkamasa yang panjang.
Di bawah ini merupakan
makanan-makanan harian kita beserta indeks glisemik masing-masing. Mungkin ini
boleh dijadikan sedikit sebagai panduan bagi mereka yang mengalami kencing manis agar mereka dapat mengawal penyakit mereka melalui kawalan pemakanan.
GI tinggi : 70 dan ke atas
GI sederhana : 56-69
GI rendah : 55 dan ke bawah
GI sederhana : 56-69
GI rendah : 55 dan ke bawah
ESP mempunyai GI- 39 manakala Meal
Shakes GI - 44. GI berada pada paras yang rendah untuk kedua-duanya.
Amat penting bagi pesakit kencing
manis agar mereka mengawal paras gula mereka melalui pemakanan ini kerana ia
akan turut memberi kesan kepada kualiti hidup dan juga jangka hayat pesakit.
Jika paras gula dalam darah tidak terkawal dalam tempoh yang agak lama, ia
mungkin akan menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti Diabetik
neuropati atau kerosakan saraf, hilang daya penglihatan, buah pinggang rosak
dan juga hilang deria rasa pada kaki dan tangan. Jadi, cuba dapatkan makanan
yang berglisemik rendah sebagai langkah kawalan dan Energizing Soy Protein
adalah salah satunya kerana ia juga dapat mengawal selera makan anda untuk
tempoh yang lebih lama.
Hafidah Khaja Mohideen
Shaklee Independent Distributor
Rakan Shaklee Anda - COD : Seri Kembangan, Serdang, Sekitar KL
Dapatkan Konsultasi Percuma Dari Saya
Shaklee, Sentiasa yang Terbaik
Tel: 019-2612786
hafidahkhajamohideen@yahoo.com
Shaklee Independent Distributor
Rakan Shaklee Anda - COD : Seri Kembangan, Serdang, Sekitar KL
Dapatkan Konsultasi Percuma Dari Saya
Shaklee, Sentiasa yang Terbaik
Tel: 019-2612786
hafidahkhajamohideen@yahoo.com
No comments:
Post a Comment