21 December 2017

Berkhatan : Persediaan Sebelum & Tips penjagaan - Pemakanan dan Supplement


Berkhatan : Persediaan Sebelum & Tips penjagaan

Masa decide nak khatankan harith, Fidah banyak juga baca blogs berkaitan berkhatan ni. Semua blogs mention tentang penjagaan selepas berkhatan. Tak ada pun yang cerita tentang penjagaan sebelum berkhatan. I waas curious jugak kan nak tahu apa perlu dibuat sebelum berkhatan to make sure Harith sembuh dengan cepat. Dan di sini Fidah kongsikan yer.

SEBELUM
========

1. Ibu dan ayah perlulah berdoa banyak agar proses berkhatan anak tu berjalan dengan lancar. dari nak pilih klinik atau hospital, nak pilih kaedah, nak pilih doktor, and semua2 la, minta petunjuk dari Allah SWT.

2. Ibu dan ayah perlu banyak membaca tentang bagaimana proses berkhatan tu dijalankan so that kita tahu what to expect semasa dan selepas berkhatan.

3. Bagi anak makan telur ayam kampung. Ni nasihat dari 3 orang nenek Fidah dan ibu mertua. Telur ayam kampung memang terkenal dengan khasiat dan sumber yang kaya dengan protein. Protein ni essential untuk penyembuhan dan pencantuman semula luka. So, Fidah decide nak bagi Harith makan 2 biji telur ayam kampung, half-boiled setiap hari selama 10 hari sebelum dia berkhatan.

4. Bagi anak makan sayur dan buah2han yang kaya dengan Vitamin C. Vitamin C ni terkenal sebagai imune booster. Bila imune anak-anak kuat, segala jenis masalah kesihatan akan dapat diatasi. Antara sumber makanan yang kaya Vitamin C adalah buah Oren. Tapi Fidah tak berani nak bagi Harith makan buah oren especially di musim hujan ni sebab takut dia akan kene selsema. Doktor dah pesan masa appointment, kalau Harith kene selsema, surgery terpaksa ditangguh. So Fidah tak berani nak ambil risiko. Instead of bagi buah oren, Fidah bagi Harith makan Chewable Vitalea For Kids yang juga mengandungi Vitamin C yg diperlukan Harith. Selain itu, Fidah ada juga bagi dia Omegaguard Shaklee dan Mealshakes Shaklee untuk lindungi dia dari kene batuk.

5. Selalu cerita pada anak tentang apa itu berkhatan dan apa manfaatnya. Jadikan cerita tu menarik supaya anak jadi excited nak berkhatan.

SELEPAS
=======

1.  Make sure anak tu tak lasak. Bagi di berehat sahaja atau baring sahaja. Biar la kan dia nak jadi raja 3 4 hari. Bak kata jiran katil Harith kat wad, 'org laki time ni je la nak merasa jadi raja'..hihi.. Bukan apa, kalau lasak2 nanti takut ada pendarahan aktif.

2. Make sure hujung kepala bebird tu sentiasa kering untuk elak jangkitan kuman atau bakteria. Setiap kali lepas kencing make sure lap hujung kemaluan tu dgn tisu atau cotton ball. Dap dap je. jangan tekan pulak. Lepas mandi pun macam tu. Pastikan betul2 kering. Fidah guna tisu dan hair dryer untuk keringkan. Bila kering, kurang risiko jangkitan.

3. Please guna ubat yang doktor bagi sahaja yer. Jangan macam-macam ubat disapu.

4. Makan kene pantang. Jangan makan ikan yang gatal-gatal. Makan makanan yang kaya sumber protein macam ikan, ayam kampung (elak makan ayam biasa) dan sayur2an tu jangan tinggal. Fidah banyak bagi sawi dan bayam. Sebab senang dia nak membuang nanti. Lawas.  Supplement set Berkhatan jangan tinggal. nak fast recovery kene la makan semua secara konsisten. Selain bantu pemulihan yang cepat, pengambilan set berkhatan shaklee ni juga buat anak tu kekal bertenaga. Tak adalah lembik je kan..

5. Ibu dan ayah jangan tinggal berdoa banyak2 pd Allah SWT. Masa masak makanan untuk anak yg berkhatan tu ibu selawat lah banyak dan minta Allah sembuhkan anak tu dengan cepat.

Itu sahaja perkongsian dari Fidah tentang tips persediaan dan penjagaan berkhatan. dibawah ni Fidah share testimoni Set Berkhatan Shaklee yer.

Berkhatan : Persediaan Sebelum & Tips penjagaan
SET BERKHATAN SHAKLEE : Set ni boleh mula bagi pada anak sebelum berkhatan lagi dan lepas berkhatan teruskan makan.


Testimoni Set Berkhatan Shaklee
"Luka cepat baik dan nampak bertenaga"


Testimoni Set Berkhatan Shaklee
Makan supplement luka cepat kering


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign