16 December 2017

BERKHATAN DI HOSPITAL SERDANG - PART 2

All right, pada tarikh yang dah ditetapkan appointment tu ( Fidah tak ingt tarikh..👅), Fidah yang bawa Harith sebab suami ada urusan penting. Sampai hospital je, macam biasa lah kene daftar kat kaunter pendaftaran then tunggu giliran. Tak lama pun..jap je dah dapat dah jumpa doktor.

Doktor cek lagi bebird Harith. Ok..sesuai nak bersunat katanya. Now nak pilih tarikh. Asalnya Fidah nak awal cuti sekolah akhir tahun. Tapi malangnya, penuh semuanya sampai lah 19 haribulan. Masa tu Fidah pegi nak book tarikh bilan 6 ke 7 macam tu tau..pun dah penuh. sebabnya, hospital Serdang buat procedure berkhatan atau circumsation hanya lah sekali sahaj seminggu iaitu pada hari Selasa. And pada hari yang sama juga ada surgery2 lain yang pakar bedah tu kene attend. So, reasonable la kan. Jadi korang yang pilih hospital kerajaan untuk khatankan anak tu kene pegi book awal2 kalau nak tarikh yang korang nak tu.

19 Disember 2017, tarikh dah di book. Doktor suruh datang register nak masuk wad pada 18hb lagi. Yesss...berkhatan di hospital kerajaan kene admit tau..tidur wad 1 malam. Macam major surgery pulak kan... macam leceh pun ada. Tapi sebab dah commit, Fidah and suami teruskan je la. Malas nak fikir banyak2. Serah je pda Allah SWT. Bukan tu je. 8hb Disember kene datang juga hospital appointment dengan doktor bius.. huhu je la Fidah masa tu kan....tapi Fidah akur je la sebabnya dah cerita dalam part 1 kan..

dah dapat Tarikh2 tu, dah boleh balik...😀

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign