15 December 2017

BERKHATAN DI HOSPITAL SERDANG - PART 1

BERKHATAN DI HOSPITAL SERDANG
Tahun di Harith dah 6 tahun. Tahun depan nak masuk Tahun 1 dah. Fidah and suami mmg dh bincang nak sunatkan Harith sebelum dia naik Tahun 1. So, dari hujung tahun lepas lagi kami dah mula survey2 klinik yang sesuai based on pengalaman kawan2 dan saudara mara.

Survey punya survey, pertengahan tahun ni suami kata kita sunatkan kat Hospital Kerajaan je la...FREE je..kikiki..=) Tapi bukan tu sebabnya kenapa kami pilih hospital kerajaan. salah satu sebab yang paling utama adalah sebab kisah2 seram mereka yang berkhatan di klinik swasta. Tahun lepas macam banyak la jugak kan kes kecuaian klinik yang guna laser. Ada yang terpotong lebih, ada yang sampai terputus..
Huhuhu..memang tak dapat bayangkan kalau berlaku pada Harith. Lagi satu sebab tengok sepupu Harith sendiri melalui pengalaman yang agak buruk lepas berkhatan di klinik swasta. So kami dengan sebulat suara memilih Hospital Kerajaan iaitu Hospital Serdang.

Suami pun call Klinik Kesihatan Seri Kembangan untuk tahu lebih lanjut procedure booking. KK cakap perlu pegi ke KK untuk dapatkan surat doktor. A few days after that suami pun ke KK untuk ambil surat. Sampai sana, doktor cakap tak payah pun datang KK, pegi hospital terus je..haha.. Tapi alang2 dah sampai sana, doktor cek jugak la bebird Harith. Alhamdulillah..semua ok. So doktor pun keluarkan surat refer ke Hospital Serdang. Hari yang sama juga, suami terus ke Hospital Serdang untuk tarikh appointment.

nak berkhatan dengan hospital kerajaan ni banyak jugak procedure nya..so kene la bersabar dan bertabah yer..
Apa yang berlaku masa next appointment tu boleh ke part 2



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign