15 December 2017

BERKHATAN DI HOSPITAL SERDANG - PART 1

BERKHATAN DI HOSPITAL SERDANG
Tahun di Harith dah 6 tahun. Tahun depan nak masuk Tahun 1 dah. Fidah and suami mmg dh bincang nak sunatkan Harith sebelum dia naik Tahun 1. So, dari hujung tahun lepas lagi kami dah mula survey2 klinik yang sesuai based on pengalaman kawan2 dan saudara mara.

Survey punya survey, pertengahan tahun ni suami kata kita sunatkan kat Hospital Kerajaan je la...FREE je..kikiki..=) Tapi bukan tu sebabnya kenapa kami pilih hospital kerajaan. salah satu sebab yang paling utama adalah sebab kisah2 seram mereka yang berkhatan di klinik swasta. Tahun lepas macam banyak la jugak kan kes kecuaian klinik yang guna laser. Ada yang terpotong lebih, ada yang sampai terputus..
Huhuhu..memang tak dapat bayangkan kalau berlaku pada Harith. Lagi satu sebab tengok sepupu Harith sendiri melalui pengalaman yang agak buruk lepas berkhatan di klinik swasta. So kami dengan sebulat suara memilih Hospital Kerajaan iaitu Hospital Serdang.

Suami pun call Klinik Kesihatan Seri Kembangan untuk tahu lebih lanjut procedure booking. KK cakap perlu pegi ke KK untuk dapatkan surat doktor. A few days after that suami pun ke KK untuk ambil surat. Sampai sana, doktor cakap tak payah pun datang KK, pegi hospital terus je..haha.. Tapi alang2 dah sampai sana, doktor cek jugak la bebird Harith. Alhamdulillah..semua ok. So doktor pun keluarkan surat refer ke Hospital Serdang. Hari yang sama juga, suami terus ke Hospital Serdang untuk tarikh appointment.

nak berkhatan dengan hospital kerajaan ni banyak jugak procedure nya..so kene la bersabar dan bertabah yer..
Apa yang berlaku masa next appointment tu boleh ke part 2



Terima Kasih

19 December 2015

Misi 55kg Ku

Yippiee!!!
Turun 1.1KG dalam masa 6 hari.
Actually dah start dari awal bulan lagi.
Dari berat 61kg. Dari 61 turun ke 60 then stay lama kat 60 je.
Bila dah konsisten dgn diet dan makan supplement secara berdisiplin tanpa culas, baru la dia nak turun.
Setiap hari turun.
Sikit2.
Now dah 58.9kg. Tak pernah lagi cecah 58kg sejak lahirkan Zulaikha. Setahun dah..
Lepas ni makin bersemangat la jaga makan.
Sedikit info tth diet saya:
Jenis diet: LOW CARB.
*boleh pm atau whatsapp saya bagi yang nak tahu secara lebih detail.
Supplement:
1. Lecithin. Untuk PECAH LEMAK di bawah kulit dan keliling organ.
2. Omegaguard. Untuk BAKAR LEMAK dalam saluran darah.
3. Herblax. Untuk cuci usus dan DETOX.
4. Essential Soy Protein. Sebagai instant protein source saya. Kadang-kadang tak sempat nak masak makanan kaya protein. Bancuh ESP. Minum. Senang. Kenyang! Tapi tak boleh amek banyak-banyak sehari sebab ESP tinggi karbohidrat. Cukup la sekadar sekali sehari.
5. Vitalea Multivitamin n multimineral. Untuk nutrisis yang lengkap.
Perlu ingat:☝
1. Avoid makanan n minuman bergula. Dah stop terus. Saya beralih ke stevia sekarang.
2. Minum air banyak. 2.5 - 3 liter sehari. Ikut keperluan. Setiap 25kg berat badan perlukan 1 liter air.
3. Bersenam. Lite2 pun xpe. Janji ada berpeluh.
4. WAJIB BERDISIPLIN!
Part ni paling susah kan. Tapi percayalah..bila dah nampak hasilnya nnt, tak menyesal i cakap uuuu...

Terima Kasih

08 October 2015

DIY : Baby's Headband dan Headband Holder

Masa kerja dulu, asal ada benda rosak he terus saya buang. Sebabnya tak ada masa nak repair. Tapi sejak-sejak bercuti panjang ni, segalanya saya simpan.
Kali ni cekak yang dah patah, headband yang dah putus, getah rambut yang dah putus dan tong ESP Shaklee yang dah kosong. Saya simpan dan dah siap pun PROJEK DIY saya ni.
Cekak yang dah patah tu saya ambil ribbonya. Ada batu. Cantik. Sayang nak buang. So saya jadikan headband untuk Zulaikha yang berusia 10 bulan. Simple je. Boleh pakai kat rumah.
Bunga dari headband dan getab rambut yang dah putus, saya jadikan headband untuk Zulaikha jugak. Bunga besar. So sesuai la pakai pegi jalan-jalan atau majlis apa-apa.
Jimat dan tak membazir macam ni.
Elestik lembut untul headband tu saya beli kat kedai jual alatan menjahit. Semeter RM2.20 je. Semeter boleh buat 2 headband. So untuk 4 headband ni, kosnua hanya RM4.40. Kalau beli headband baru tak kurang RM10 kan..kalau nak yang cantik dan nampak exclusive la.
Then, untul display headband ni semua, nak bagi dia nampak kemas, dan mudah dicari, saya guna Tong ESP SHAKLEE yang dah kosong. Saya memang kumpul semua botol-botol vitamin shaklee. Sayang nak buang..semua saya sayang nak buang pulak ekkk..kikiki..
Tong tu pula sesuai sangat dgn headband size kepala Zulaikha. Elok moleh je terletak tanpa jatuh. Actually tong ESP ni saya guna untuk 2 in 1 tau. Tabung dan headband holder. Haaa...terer tak?? Dah jadi multipurpose headband holder pula.
Next project DIY guna botol-botol Shaklee - BANGLE HOLDER.
DIY Headbands yang dah siap. First attempt so simple je. Ok la tu kan..janji boleh pakai.
Tadaaaaa....kemas kan. 
Ni la bahan-bahan yang diperlukan untuk buat headband. 

Terima Kasih

02 October 2015

VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE vs VITAMIN E BRAND LAIN

Kat farmasi, banyak bersepah Vitamin E. Ada beza ke?
Jawapan : Sedangkan kembar seiras pun tak sama. Inikan Vitamin E Shaklee dengan yang "cap" lain.
Kenapa Vitamin E Shaklee adalah yang terbaik di pasaran?
Ia TULEN, kandungannya hebat.
Kerana kini ditambah dengan GRAPE SEED/Biji anggur..
Yeke hebat ? Yeke ? Yeke?
Meh tengok KELEBIHAN GRAPE SEED EXTRACT yang terkandung dlm pek baru VITA E COMPLEX SHAKLEE:
✔️ Mengikut kajian saintifik Minyak Biji Anggur terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah KANSER serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika mengamalkn secara konsisten.
▶️ Grape Seed Extract juga terbukti berkesan untuk
>> menguatkan system imun badan
>> menurunkan paras kolestrol
>> menghalang pembentukan darah beku
>> melegakan masalah berpunca daripada urat timbul serta
>> merencat pembengkakan dan keradangan.
KENAPA SHAKLEE TAMBAH GRAPE SEED OIL?
✔️✔️ Sebabnya dalam Minyak Biji Anggur terdapat Oligomeric Proantho Cyanidin(OPC) yang lebih tulin berbanding kumpulan fitonutrien yang lain.
▶️ OPC pula merupakan anti pengoksidaan yang paling berkesan dan mampu melindungi tisu-tisu daripada pelbagai kecederaan pengosidaan.
▶️ OPC juga adalah 50 kal ganda lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 KALI GANDA LEBIH KUAT DARI VITAMIN C.
▶️ OPC berfungsi memusnahkan ‘radika bebas’ yang boleh memusnahkan badan manusia.
>> Dalam erti kata lain, OPC inilah yang bertindak MEMBANTU MENGATASI MASALAH KANSER bagi mereka yang sedang mengalami masalah penyakit kanser atau bertindak sebagai benteng daripada serangan penyakit yang ditakuti itu.
▶️ Di samping itu, OPC yang amat kaya dengan protein terutamanya kalogen serta lebih kuat dari Vitamin E (50 kali ganda) dan C (20 kali ganda) menjadikannya sebagai makanan yang paling baik terhadap pembentukan sel dan tisu.
Sekaligus ia juga baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan.
✔️✔️ Selain daripada kehebatan Minyak Biji Anggur dari sudut kajian saintifiknya itu kelebihan anggur juga turut termuat d dalam At-Tibb An Nabawi (Perubatan Nabi), yang menyatakan bahawa anggur adalah sebaik-baik buah dan yang paling banyak manfaatnya.
Ianya berfungsi sebagai buah, minuman dan juga ubat. Tidak hairanlah jika di dalam Al-Quran disebut sebanyak 11 tempat mengena buah anggur.
Alhamdulillah
Banyaknya la manfaat Vitamin E.

Terima Kasih

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign