Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

08 October 2014

ESP ~ MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH (39)

Tahukah anda apa itu Indeks Glisemik?

Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mempunyai karbohidrat ke atas paras glukosa darah. Pendek kata, ia menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula atau glukosa dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (GI) yang tertinggi yang akan menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat dengan cepat manakala yang mempunyai GI rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan dan teratur sambil membebaskan glukosa ke dalam sistem badan kita pada kadar yang terkawal. 

ESP
Makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah sangat lambat untuk dicerna dan diserap kerana pemecahan dan pembebasan glukosa adalah secara berperingkat-peringkat. Mengekalkan paras glukosa dalam darah pada kadar yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan kerana ia juga dapat mengawal selera makan si pemakan dan juga melambatkan rasa lapar mereka. Selain itu, ia juga memberi manfaat dalam penjagaan kesihatan untuk jangkamasa yang panjang. 


Di bawah ini merupakan makanan-makanan harian kita beserta indeks glisemik masing-masing. Mungkin ini boleh dijadikan sedikit sebagai panduan bagi mereka yang mengalami kencing manis agar mereka dapat mengawal penyakit mereka melalui kawalan pemakanan.
ESP

ESP



GI tinggi  : 70 dan ke atas
GI sederhana : 56-69
GI rendah : 55 dan ke bawah


ESP mempunyai GI- 39 manakala Meal Shakes GI - 44. GI berada pada paras yang rendah untuk kedua-duanya.

Amat penting bagi pesakit kencing manis agar mereka mengawal paras gula mereka melalui pemakanan ini kerana ia akan turut memberi kesan kepada kualiti hidup dan juga jangka hayat pesakit. Jika paras gula dalam darah tidak terkawal dalam tempoh yang agak lama, ia mungkin akan menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti Diabetik neuropati atau kerosakan saraf, hilang daya penglihatan, buah pinggang rosak dan juga hilang deria rasa pada kaki dan tangan. Jadi, cuba dapatkan makanan yang berglisemik rendah sebagai langkah kawalan dan Energizing Soy Protein adalah salah satunya kerana ia juga dapat mengawal selera makan anda untuk tempoh yang lebih lama.



Best regards,
Hafidah Khaja Mohideen
Shaklee Independent Distributor

Rakan Shaklee Anda - COD : Seri Kembangan, Serdang, Sekitar KL
Dapatkan Konsultasi Percuma Dari Saya
Shaklee, Sentiasa yang Terbaik
Tel: 019-2612786
hafidahkhajamohideen@yahoo.com

Terima Kasih

03 October 2014

ESP ~ NON-GMO


Genetically Modified Organism (GMO)
Dihasilkan dengan mengubahsuai genetik tumbuhan atau haiwan di peringkat DNA
Ciri-ciri GMO
+ Kos yang lebih murah untuk menghasilkannya
+ Bertindak balas dengan keadaan cuaca secara berbeza
+ Mengandungi sama ada terlalu banyak atau terlalu sikit nutrien
+ Kebiasaannya diproses dengan menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain
Contoh makanan yang sering diubahsuai genetiknya
• Tomato
• Padi golden rice
• Jagung
• Kacang soya
• Ubi kentang
• Tebu
• Sayur-sayuran seperti sawi
• Kapas
• susu
Kesan pengambilan produk GMO
Kesannya dapat dilihat dalam jangka masa panjang.
1. Peningkatan alahan (allergic) terhadap makanan GMO
2. Risiko alahan terhadap protein hasil GMO.
Ia berlaku apabila genetik kekacang lain dicampurkan ke dalam kecang soya.
Maka, pengguna yang alah pada kekacang tersebut akan mendapat alahan setelah meminum susu kacang soya GMO itu, malah boleh membawa maut.
3. Peningkatan risiko kanser
Lembu tenusu disuntik dengan ‘growth hormone’ untuk menghasilkan lebih banyak susu. Peningkatan risiko kanser berlaku apabila hormon tersebut boleh diserap oleh badan manusia yang minum susu itu.
4. Pengubahsuaian genetik mengurangkan nutrien utama
5. Badan menjadi kebal kepada antibiotik
6. Makanan GMO boleh menghasilkan toksin

Non-Genetically Modified Organism (non-GMO)
Dihasilkan tanpa menukar atau mengubah genetik tumbuhan atau haiwan.
+ Kacang soya semulajadi
+ Berkualiti tinggi
+ Diproses pada kadar suhu yang rendah
Shaklee Difference
1.ESP dihasilkan dari Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism) protein soya, dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program (IPP). Program ini memastikan soya yang digunakan bebas dari pengubahsuaian genetik. Proses pengenalpastian dan pemantauan secara ketat bermula dengan proses penanaman biji benih yang asli, ditanam, dituai, diproses dengan teliti hinggalah terhasilnya ESP!
2.Menggunakan protein dari kacang soya. Kenapa kacang soya?? Kacang soya mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mengandungi hampir kesemua amino asid yang diperlukan oleh tubuh badan manusia
3.Setiap 850 gm (satu tong esp) = 30 gm soya

HAFIDAH KHAJA MOHIDEEN SHAKLEE INDEPENDENTT DISTRIBUTOR (SID 910017) CONTACT NO: 019-2612786

Terima Kasih

ESP ~ BOLEH BANTU UNTUK KURUS???

ESP BOLEH BANTU UNTUK KURUS???
Ya..sebab ESP ada leucine
Tahu apa itu leucine?
Leucine ni ialah salah satu daripada 9 asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.
Leucine ni ada fungsi yang tersendiri dan sangat membantu menurunkan berat badan. Bagaimana?
1. Membakar lemak visceral.
Lemak visceral adalah lemak yang berada paling dalam (di bahagian perut) dan susah nak disingkirkan. Tapi leucine ni dapat bantu bakar lemak viseral ni.
2. Rasa kenyang yang berpanjangan. 
Perasan tak bila kita minum ESP kita rasa kenyang dan bertenaga? Sebab Leucine ni bantu bertindak dalam metabolisme glucose. (Glukose ni diperlukan untuk tenaga). Jadi, bila kita minum ESP, even tak makan atau pun masa kita berpuasa ; kita still rasa kenyang...rasa bertenaga.
Selain tu, leucin ni juga boleh rendahkan tahap triglycerides dalam darah yang akan membantu leptin (sejenis hormon) meransang otak dengan lebih baik supaya anda berasa kenyang pada kalori yang rendah... and that's why if nak kurus ESP ni ambil sebelum makan, so, time makan tu kita dah rasa kenyang...automatik kita akan kurang makan.
3. Membina semula otot.
Memang kita boleh dapat leucine dari makanan lain, tapi antara banyak-banyak asid amino, Leucine ni mudah rosak lagi-lagi time senaman. So that's why kita perlukan supplements yang ada leucine (which is ESP la kan) untuk bina semula otot, dan untuk menjalankan fungsi lain. Ha.. tu sebab korang tengok atlet selalunya ambil protein...sebab diorang tak nak kehilangan otot diorang. Kan otot diorang pejal gitu!
Lagi 1...Perasan tak orang yang skip karbohidrat cepat kurus(kurang makan nasi dan sebagainya) dan cepat gemuk?
Nak tahu kenapa?
SEBAB penurunan berat badan macam ni akan menyebabkan kita kehilangan otot. Bila kehilangan otot, ia akan perlahankan metabolisme badan, so orang tu akan naik berat badan dengan cepat.
TAPI.. if kita ambil ESP ni, Leucine dapat kekalkan tisu tanpa lemak. Dalam kata lain, ESP (yang kaya dengan leucine) ni dapat bantu kita kurus kan badan dengan pembakaran lemak dan bukannya mengurangkan jisim otot.
Faham kan?
Selain ESP, supplement Shaklee yang ada leucine ni ialah Cinch shake.


HAFIDAH KHAJA MOHIDEEN SHAKLEE INDEPENDENTT DISTRIBUTOR (SID 910017) CONTACT NO: 019-2612786

Terima Kasih

ESP ~ Melalui IPP

Apa itu Identity Preservation Program (IPP) ? 
Apa kaitan dalam penghasilan ESP SHAKLEE ?

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan berkualiti, kita perlu melakukan sesuatu dengan yang terbaik. Dalam konteks nutrisi, Proses Pensijilan Tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preservation Program (IPP) adalah satu proses atau sistem untuk mengekalkan pengasingan dan mendokumenkan identiti sesuatu produk. Dalam bahasa mudahnya, untuk memastikan genetik sesuatu biji-bijian atau produk makanan itu tidak diubah suai (Non-GMO)
Shaklee menggunakan Identity Preservation Program (IPP) untuk memastikan kacang soya yang dihasilkan bebas daripada sebarang perubahan genetik daripada benih hingga kepada pengeluarannya. Kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.
Ia diproses dengan air, bukan alkohol dan diproses dengan suhu rendah.
Oleh sebab itu lah yang menjadikan ESP - Soy Protein Isolate Powder, adalah Protein Non-GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino Perlu merupakan sumber protein soya terbaik kerana soya yg digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetik.
Jadi, kita tak perlu risau lagi kerana ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO yang telah melalui proses pensijilan tersendiri.
Sumber:

HAFIDAH KHAJA MOHIDEEN SHAKLEE INDEPENDENTT DISTRIBUTOR (SID 910017) CONTACT NO: 019-2612786

Terima Kasih

ESP~ Lengkap Dengan 9 Amino Acid Yang Kita Perlukan

[ASID AMINO]
Selalu kita dengar jer pasal Asid Amino ni kan..tapi kita tidak ambil tahu.. Ok jom kita berkenalan dgn Asid Amino dulu..
Tahukah anda APA itu Asid Amino?
Asid Amino adalah kimia protein blok binaan dan boleh dipanggil blok binaan untuk kehidupan. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. Secara struktur, badan anda terutamanya boleh terjejas oleh protein yang dibangunkan daripada asid amino. Dari dua puluh asid amino, badan mengeluarkan lebih daripada 50,000 jenis protein yang memainkan peranan penting dalam badan kita. Asid amino yang menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting dan struktur sel. Ia benar-benar penting untuk kesihatan.
MENGAPA KITA PERLU ASID AMINO ?
Kita mengunakan Asid Amino dalam semua fungsi badan:
1. Pembentukan Tissu
2. Memperbaiki Organ – Jantung, Hati, Pancreas
3. Meransang Hormones -Insulin, Cortisol, Adrenaline, HGH
4. Immune System
5. Rambut, Kulit dan Kuku
6. Testosterone, Estrogen and Progesterone
7. Darah, Enzymes & Cholesterol
8. Berat Badan
9. Daya Ingatan & Pembelajaran
10. Neurotransmitters – Serotonin, Endorphins, Dopamine, GABA & Melatonin
FUNGSI ASID AMINO :
Asid amino merupakan komponen utama dalam pelbagai metabolisma. Walaupun ia terdiri daripada pelbagai jenis metabolisma tetapi dikategorikan sebagai fungsi daripada asid amino kerana ia merupakan sebahagian daripada pusat kompleks dan sistem biologi.
Fungsi dan penggunaan asid amino lain bergantung pada asid-asid amino, unsur-unsur mineral, karbohidrat dan asid lemak dan mempunyai kesan tidak langsung yang dimanifestasikan dalam pelbagai metabolisma.
Jika anda tidak mendapat asid amino yang cukup dalam diet anda, kesihatan anda boleh terjejas. Asid amino penting yang rendah dikaitkan dengan gejala seperti keresahan, penumpuan yang lemah, keletihan, kemurungan, dan ketidakseimbangan hormon
JENIS ASID AMINO
Asid Amino dikotegorikan kepada 2 kumpulan yang berbeza, iaitu Asid Amino yang Perlu dan Asid Amino yang tidak Perlu. Bagi senang memahami jenis Asid Amino ini adalah,
1) Asid Amino Perlu – ia tidak dapat dihasilkan oleh badan, jadi perlu diambil melalui makanan
2) Asid Amino Tidak Perlu – Ia dapat dihasilkan oleh badan.

»Asid Amino TIDAK PERLU:
Alanine
Menghapus zat-zat beracun yang dilepaskan daripada pemecahan protein otot ketika latihan intensif.
Kesan sampingan: Alanine berlebihan di dalam tubuh berkaitan kelelahan kronik.
~Sumber haiwan : daging, makanan laut, telur, ikan, hasil tenusu
~Sumber sayuran : kacang, soya, jagung
 Arginine
Memainkan peranan penting dalam relaksasi pembuluh darah, merangsang dan mempertahankan ereksi pada lelaki, pengeluaran ejakulasi, dan menyingkirkan ammonia berlebihan dari tubuh.
~Sumber haiwan: produk susu (misalnya keju, susu, yogurt), daging lembu, daging khinzir (misalnya bacon, ham), unggas
makanan laut (misalnya lobster, salmon, udang, siput, tuna)
~Sumber sayur : gandum dan tepung, oatmeal, kacang tanah, kekacang (kelapa, kacang mete, walnut, almond, kacang Brazil, hazelnut, pinenuts), biji-bijian (labu, bijan, bunga matahari), kacang polong, soya
 Asparagine
Ini membantu menyediakan keseimbangan dalam sistem saraf pusat-bantu dalam keadaan menyeimbangkan emosi.
~Sumber haiwan: susu, daging lembu, , telur, ikan, laktoalbumin, makanan laut
~Sumber tumbuhan: asparagus, kentang, kekacang,bijian, soya
 Aspartic Acid
Meningkatkan stamina, membantu dalam pembuangan racun dan amonia dari tubuh, dan bermanfaat dalam sintesis protein yang terlibat dalam sistem imuniti.
~Sumber haiwan : sosej daging
~Sumber tumbuhan :oat, avokado, asparagus, tebu muda
Suplemen diet : baik sebagai asid aspartat atau garam
 Cysteine
Komponen jenis protein berkumpul di kuku, kulit dan rambut. Berfungsi sebagai antioksidan , dan mempunyai kesan sinergis bila diambil dengan antioksidan lain seperti vitamin E dan selenium.
~Sumber haiwan : daging khinzir, ayam, susu, sosej daging, telur, yogurt
~Sumber sayuran : bawang putih, gandum, bawang, oat
 Glutamik Acid
Membantu dalam mencegah pembesaran prostat bersama-sama dengan glycine dan alanine.
Penting untuk otak kognitif berfungsi. Diperlukan untuk pembelajaran, ingatan, penyelesaian masalah dsb..
~Sumber haiwan : daging, ayam, ikan, telur, tenusu, dan kombu
~Sumber sayuran : gandum
 Glutamine
Meningkatkan fungsi otak yang sihat. Hal ini juga diperlukan untuk sintesis molekul RNA dan DNA.
RNA ini hampir sama dengan DNA, tetapi berbeza dalam beberapa struktur penting: di dalam sel, biasanya RNA berantai tunggal, sementara biasanya DNA berantai ganda; RNA nukleotida DNA mengandungi ribosa sementara mengandungi deoksiribosa (sejenis ribosa yang tidak mempunyai satu atom oksigen); dan RNA mempunyai asas dan bukan urasil timina yang terdapat dalam DNA.
 Glycine
Komponen kulit dan bermanfaat untuk penyembuhan luka. Berfungsi sebagai neurotransmitter.
Kesan sampingan dari peringkat kualiti glisin dalam tubuh adalah boleh menyebabkan kepenatan
 Ornithine
Ornithine adalah asid amino yang memainkan peranan dalam kitaran urea.
Ornithine berkait dengan arginine untuk merangsang pembebasan hormon pertumbuhan
 Proline
Memainkan peranan dalam isyarat intraselular
 Serine
Penting untuk membolehkan otak dan sistem saraf berfungsi dengan baik. Selanjutnya, serine meningkatkan sistem imunisasi tubuh yang sihat dengan membantu penghasilan antibodi.
komponen semua membran sel.
agen untuk penghasilan seperti asid amino glysine, Cystein, dan triptofan. Triptofan, diperlukan untuk sintesis serotonin dan fungsi neurotransmiter, dikenali untuk membantu menghilangkan stres, kegelisahan dan kemurungan.
Kekurangan serine: Simpton kekurangan serine ialah lambat dalam perkembangan kemahiran kognitif dan fizikal (psikomotor keterbelakangan), kekejangan dan microcephaly.
Microcephaly merujuk kepada keadaan kesihatan di mana saiz kepala lebih kecil daripada saiz normal dan disebabkan oleh tumbesaran otak.
 Tyrosine
Merupakan precursor dopamine; iaitu neurotransmitter yang berlaku pelbagai spesies haiwan termasuk vertebrata dan invertebrata, noradrenalina; hormone yang dirembeskan oleh sel saraf dan adrenalin.
Dapat meningkatkan mood positif dan juga antioksidan.

Asid Amino yang PERLU:
Histidine
Histidine digunakan oleh badan untuk membina dan mengekalkan tisu yang sihat.
Tahap histidine yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik.
Isoleucine
Diperlukan untuk sintesis hemoglobin, unsur utama sel darah merah.
Leucine
Bermanfaat untuk kulit, tulang dan rangkaian penyembuhan luka. Ini mendorong hormon pertumbuhan sintesis.
Lysin
Diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada anak-anak, membantu dalam penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen yang penting dalam tubuh, menghasilkan antibodi, hormon, enzim, pembentukan kolagen serta pembaikan rangkaian. Lysin juga membantu tubuh menyerap kalsium, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, suatu zat yang penting untuk tulang dan rangkaian, termasuk kulit, tendon, dan tulang rawan.
Methionine
Merupakan antioksidan. Ini membantu dalam pemecahan lemak dan membantu mengurangkan degenerasi otot. Ini juga baik untuk kesihatan kulit dan kuku.
Phenylalanine
Bermanfaat bagi kesihatan sistem saraf. Ia meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan nafsu makan.
Threonine
Menyeimbangkan protein dalam badan supaya tidak ada kekurangan atau banyak protein.
Membina protein daripada asid amino yang membentuk tisu badan dari rambut hingga kaki.
Menstabilkan paras gula dalam darah.
Tryptophan
Diperlukan untuk sintesis neurotransmitter serotonin. Ini membantu meringankan migrain dan kemurungan. (Makanan sumber triptofan)
Valine
Penting untuk pembinaan otot.
Kesan sampingan kandungan valine dalam tubuh termasuk halusinasi.
kelebihan valine pertumbuhan normal, memperbaiki rangkaian, mengatur kandungan gula darah, dan memberikan tenaga kepada tubuh.
Valin membantu merangsang sistem saraf pusat, dan diperlukan untuk fungsi mental yang normal
Semua Asid Amino melaksanakan fungsi penting dalam badan. Ia bekerja lebih baik apabila anda mengambil semua jenis asid amino, jadi adalah penting untuk mendapatkan pelbagai protein dalam diet anda. Protein dalam makanan yang mengandungi semua asid amino dipanggil Protein Lengkap.
SHAKLEE DIFFERENCE
Asid amino Tidak Perlu bermakna badan boleh hasilkannya kan, yang Perlu bermakna badan tak boleh hasilkannya.. Jadi dari mana kita nak dapat sumber Asid Amino yang perlu ni??
ESP merupakan satu2nya produk di dalam pasaran yg menjamin penyediaan 9 Asid Amino penting yg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia..
Kandungan 9 Asid Amino Perlu yang ada dalam ESP :
Histidine - 340mg
Isoleucine - 630mg
Leucine - 1160mg
Lysine - 890mg
Methionine - 180mg
Phenylalanine - 720mg
Threonine - 520mg
Trytophan - 180mg
Valine - 650mg
Dengan pengambilan ESP secara berterusan, ia akan membantu kesihatan anda dalam masa jangka panjang terutamanya pengambilan dan penyerapan Asid Amino Perlu oleh badan.


Asid Amino

ASID AMINO

HAFIDAH KHAJA MOHIDEEN SHAKLEE INDEPENDENTT DISTRIBUTOR (SID 910017) CONTACT NO: 019-2612786

Terima Kasih

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign