Showing posts with label SET MENYUSU SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label SET MENYUSU SHAKLEE. Show all posts

21 June 2015

6 SEBAB SAYA BENGKAK SUSU WALAUPUN BERPUASA

Assalamualaikum. Lama dah tak update blog. Hari ni tergerak nak update sebab ramai rakan-rakan fb saya yang up kan status bahawa mereka tak dapat teriskan berpuasa sebab baby tak puas minum susu, kencing kotor, pening n pitam.
Memang jadi impian setiap ibu untuk berikan yang terbaik untuk anak. Especially ibu-ibu yang breastfeed ni. Memang terlebih emotional n terlebig sensitive dan overprotective terhadap anak-anak mereka. Betul tak??
Ngeee~~~ saya pun gitu jugak.
Dikala ramai ibu-ibu kecewa sebab tak dapat puasa, saya ni pulak sampi bengkak-bengkak susu setiap dua jam. Kalau anak tertido lama sikit, sakit la miss B. Ada sekali tu bangun nak sahur, baju dah basah lenjun. Biasa jadi begini masa dalam pantang je kan. Ni masa puasa pun terjadi juga. Rahsianya???
1. First skali, sejak sebelum bermulanya Ramadhan lagi saya dah berdoa banyak-banyak pada Allah SWT supaya permudahkan perjalanan menyusukan Nurul Izz Zulaikha selama tempoh berpuasa. Setiap kali lepas solat fardhu dan setiap kali semasa menyusukan Zulaikha,saya akan berdoa.
Sebab, rezeki menyusu anak itu diberi oleh Allah kan..pencipta kita..Dia yang tentukan segala-galanya. So mintak dengan Dia, yang Maha Esa.
2. Saya dah test berpuasa sebelum bulan Ramadhan lagi. Dah latih diri. Dah latih mind saya supaya sentiass fikir susu cukup. Bila anak meragam macam tak cukup susu,saya pujuk dia, main-main dengan dia dan kemudia  sambung bagi susu semula. Saya menyusu sangat kerap.
3. Saya minum SUPER DUPER MILK BOOSTER..
Saya terjumpa resepi drink ni masa nak ganti puasa. Masa tu saya macam ada sikit was-was, boleh ke tidak berpuasa ni. So saya google la supplement milk booster lain selain Shaklee. Sebenarnya saya dah yakin sangat dah dengan shaklee. Tapi ntah la..ibu kan. Memang suka sangat cuba macam-macam produk demi anak dia. Saya google, saya terjunpa 1 produk ni nama dia. U**A *AC**. Saya rikki harga. Ok..agak mahal jugak berbanding shaklee. Saya tengok bahan-bahan yang digunakan dalam produk tu. Saaaangat banyak. Ada Protein, susu kambing, badam,kurma, habbatus sauda,stevia,halba, madu, kismis, dan beberapa bahan lain yang dalam nama saintifik. So saya tak tahu.
Kebanyak bahan-bahan ni semua ada kat rumah, so why not saya try buat sendiri kan...dari membazir beli lagi.
So 1st day ganti puasa tu saya try.
Saya gunakan ESP SHAKLEE sebagai produk protein saya.
Halba - ni saya blend letak dlm 1 botol. Senang nanti bila nak guna
Madu - sikit
Stevia - setitik.
Susu kambing - saya guna Hi Goat
Susu Tepung
Kurma 3 biji
Badam 7 biji
Kismis 7 biji
Masukan semua dalam blender. Saya blend dan minum waktu sahur. Saya masukan beberapa ice cube. Bagi sedap tekak.
1st day ganti puasa tak rasa apa-apa2. Biasa je.
2nd day saya buat lagi resepi yang sama, memang bengkak susu terus waktu tengahari tu.
3rd day, Miss B sentiasa rass berat je walaupun baby dah menyusu.
Yesss....berjaya jugak ku cipta Milk Booster sendiri guna produk Shaklee dan bahan2 yang memang ada di rumah setiap ibu yang breastfeed.
Bulan Ramadhan ni setiap hari saya bersahur dengan SUPER DUPER MILK BOOSTER saya. So far memang sangat puas hati. Baby pun tak melekap lama-lama sangat which means dia cukup susu dan cukup nutrisi.
4. Saya pastikan  saya minum air at least 2 liter. Lepas berbuka seliter. Then in between berbuka dan sahur 1 liter. Masa sahur memang tak boleh nak minum air banyak-banyak..kembang tekak. So saya minum PERFORMANCE DRINK Shaklee.
5. Saya makan heavy meal masa berbuka puasa. Tak ada la istilah nak diet2. Walaupun kenyang makan kuih, saya tetap akan makan jugak yang berat.
6. Saya pastikan saya mendapat nutrisi yang cukup. Bila ibu sihat, cukup nutrisi, InsyaAllah,menyusu ketika berpuasa tak akan jadi satu masalah.
Untuk pastikan saya dapat nutrisi yang cukup, saya ambil
2 biji VITALEA SHAKLEE
2 biji BCOMPLEX SHAKLEE
2 biji VITAMIN C SHAKLEE
Ambil supplement ni semua dan minum SUPER DUPER MILK BOOSTER saya tu bukan je buat saya bengkak susu. Tapi saya sentiasa bertenaga sepanjang hari. Tak lapar
Tak penat
Tak haus
Tak pening.
Saya bukan lah expert in breastfeeding. Saya tulis entry ni berdasarkan pengalaman saya. Saya yakin ramai ibu-ibu diluar sana yang sedang mencari-cari kekuatan dan inspirasi untuk teruskan menyusu sambil berpuasa kan. So hope entry saya ni dapat membantu.

Terima Kasih

08 September 2014

HEBATNYA SUSU IBU

Ini bukan cerita saya.
Saya copy paste dlm blog ni sebab tak tahu blog siapa punya cerita ni. Sy pun dpt dari kawan.
Saya paste ni sebab ada seorang kenalan saya pun alami masalah yg sama..so nak bg dia semangat dan kuat lepas baca kisah ni.

Tersentuh sgt baca kisah ni.
Miracle susu ibu.
********************************

Semalam rasa terdetik hati nak share pengalaman seorang senior oyun yang pernah mengalami detik-detik getir dalam membesarkan anak penawar jantungnya...

Niat oyun share kisah ni…bukan untuk aibkan..tapi lebih kepada nasihat untuk sahabat-sahabat dan mak- mak muda yang moden ni untuk ikutla jugak pantang-pantang orang tua yang agak-agak logik..dan nak share gak keajaiban susu ibu yang Allah dah kurniakan untuk para ibu ni…

Pernah tak dengar pantang orang tua “jangan bawak anak keluar jalan-jalan waktu dalam pantang?”

Haaa…ni la kisah yang oyun nak share..tak nak salahkan sesapa pun..maybe ada sesetengah ibu yang tak tahu kan..oyun dulu pun macam caya tak caya je..tapi, sebab kisah ni la yang jadi pengajaran untuk oyun…

Kisah ni oyun copy abis-abisan drp empunya..oyun minta izin beliau share melalui pm oyun..tapi..oyun ubah nama-nama dalam ni…

**********************************************************************

Masa anak akk berumur 1 bulan lebih, akk gatal2 bawak dia jalan2.

2 hari sebelum tu ada dgr mcm bunyi kahak tapi saya try sedut2 dkt hidung tak keluar apa2. Pegi doktor tak dpt apa2 sebab kecik lagi. Dpt nasal spray jer.

Hari ke 3 tu, naufal dah start susah nafas tapi suami akk ingat tak ada apa2. Masa tu akak ada makeup, bila balik tu akak dgr naufal nanggis tapi kecik jer suara ni. Still kitaorg x bwk pegi hospital. Siap bwk pegi lcct amik brg dkt kargo

Tapi bila ptg tu, muka naufal dah pucat. Kitaorg bwk pegi an nur. Oksigen dia betul2 rendah. Doktor taknak amik risiko sebab an nur tak ada icu. So kita rushing pegi kpj kajang.

Naufal terus masuk kritikal zone. Lepas tu naufal masuk icu. Masa dkt icu, akk  tanya nurse boleh tak bagi susu via bottol feed. Nurse cakap boleh. So akk bagi la…

Tiba2 naufal tersedak. Muka naufal pucat. Lucky kak huna(kakak akk yg Doc tu) was there. Dia terus annouce code blue dkt nurse semua. She was screaming mcm org gila dkt nurse tu utk bukak emergency suction tools

Nurse terpinga2 hilang punca. Siap menangis. Padahal anak aku tgh fighting for life. Grrrrrr..

Lepas tu semua doctor were rushing pegi icu & cuba sedaya upaya selamatkan naufal

Few mins lepas tu naufal boleh nafas tapi pakai oksigen tank tu. And i requested naufal duduk nursery since icu punya nurse tak boleh diharap.

Masa naufal dlm nicu, doc buat mcm2 test. Darah semua kena amik. Akak bab2 cucuk2 amik darah ni, memang tak sanggup tgk.A day after baru doc ckp naufal positive lung infection. Sebab dia.. "awak ada bawak anak keluar ke?" Kemungkinan besar sebab kuman2 dkt luar. Baby umur 4 bulan ke bawah, sistem imun bdn masih belum kuat."
 Sebenarnya akak cuma bawak naufal pegi breastfeed class jer masa tu then pegi makan kejap. Yer la, Allah nak tunjuk Kuasa Dia. Menyesal pun tak guna, dah jadi.

Masa dkt icu, naufal tiba2 kena sawan. Semua doc & nurse kelam kabut. Diorg tak bagi kami tgk. akk mengamok mcm org gila masa tu. Diorg tak bagi masuk jugak. Few mins lepas tu, doc bgtau naufal cant breath on his own. Kena pakai life support machine

Masa tu rasa nak rebah. Tapi k.huna ada, dia pujuk. Dia cakap ada risiko sikit kalau pakai life support machine since naufal baru 1 bulan. Paru2 boleh meletop kalau salah.

Maka bermula la naufal masuk ccu. Tak ada sapa boleh lawat dia. Tengok melalui cermin jer..

Naufal tak ada reaction even dah bagi the strongest antibiotic.

For days mcm tu. Tak minum susu, drip semata smp bengkak bdn naufal.

Day 2 : naufal yang kuat!! : tak gamak semua ibu tengok kalau anak berselirat wayar gini..

On the 5th day mcm tu, doc suggest utk bawak naufal pegi kpj damansara sebab the best paed ada dkt sana. Sebelum tu doc suruh sign borang utk kebenaran amik air sum2 naufal

akk tak tau nak buat apa masa tu. I was alone, suami balik. akk amik surat doc tu, lari pegi surau. I was crying like h*** asking for His help. Masa tu akk free hair lagi. akk cabar kuasa Allah. *teruknya rasa*. Akk cakap," kalau betul susu bdn tu betul2 power..tunjukkanlah."

Then naik ccu, akk mintak nak bagi naufal susu. Bincang punya bincang.. doc setuju bagi melalui tiub.

So akk pam & terus bagi naufal. Half an hour mcm tu, naufal start bagi respond

Ya Allah yun.. masa tu berderai2 air mata akak. sujud syukur dkt situ jugak. Dan bermula la episod berhijrah akk..

Drpd 1 session, doc naikkan 2 session utk susu. Drpd 0.5ml, doc naikkan.

Sampai la naufal dibenarkan direct breastfeed.

10 hari dlm ccu & 10 hari dlm icu.

Dan naufal adalah baby fully breastfeed for 2 years and half dan sempat tandem bf dgn jasmin, despite mcm2 cabaran termasuk la nipple koyak rabak siap darah memancut2.

Allahuakbar…
Besarnya kuasa kasih sayang Allah!
Banyaknya hikmah yang Allah nak tunjukkan dalam kisah ni…

Janganla ada yang salah faham..bukanlah bermakna tak boleh bawak anak ke klinik ke, buat check up ke...tapi, agak-agakla, kalau umur anak tu sebulan dua, tak payah la nak bawak jalan-jalan raya ke, kenduri ke, pasar malam ke...lagi la tempat-tempat yang ramai orang...lagi la kalau bawak keluar malam-malam..(tu belum cerita bab benda-benda halus lagi tu, lagi la tak nampak)..kalau setakat nak shoping baju raya ke, orang lain boleh tolong kot kan? ikutlah..mana yang lebih penting..keselamatan kesihatan anak atau kepuasan kita..

Anak yang sebulan ni, kalau selsema, memang kene cepat terus bawak ke jumpa Doc...takut-takut melarat jadi infection...sebab sistem imun mereka baru nak develop..
kalaupun ada yang nak memilih untuk berpantang moden ke, takpelah, ikut pendirian masing-masing..tapi jangan sampai anak yang jadi mangsa...

Hebatnya menjadi seorang ibu apabila Allah izinkan antibodi yang ada dalam badannya untuk mengalir melalui setiap urat anaknya ..allahuakbar...ibu-ibu kena sihat untuk develop antibodi yang diperbuat daripada protein..ibu-ibu kena kuat supaya kekuatan ibu itu sampai ke anak yang lemah itu...maka, tak hairanlah seorang ibu itu boleh kuat luar biasa apabila melihat anak yang dalam keadaan begitu...

***********************

Oyun baca 2x pun rasa meremang…tak boleh bayang kalau oyun berada di tempat kakak ni..
Allah singkap satu-satu hikmah dalam kisah ni…allah tunjukkan hebatnya kuasaNya melalui titisan susu ibu…Allah buka hijab doa seorang ibu yang sangat tulus.. allah makbulkan permintaan ibu yang bersungguh-sungguh berjuang demi keselamatannya…Allah balikkan kembali hati yang gelap kepada yang bercahaya dalam litupan hijab yang melindungi rambut yang bebas berjuraian sebelum ini…Besar maknanya penghijrahan itu…

Allah beri sedikit UJIAN ..untuk Allah kurniakan NIKMAT yang lebih besar!

MAKA, NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG ENGKAU DUSTAI?

Saya mintak halal pada penulis cerita ni yer...


Terima Kasih

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign