Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

07 September 2014

SET SOFA + MEJA MAKAN HANYA RM2500!

Haaa..jgn tak percaya dengan tajuk tu.
Bukan main2 tau.
Memang betul..set sofa 3 + 2 + 1 dan dinning table 6 kerusi HANYA RM2500!
Kat mana saya beli?

Meh nak cerita...

Memang dah lama dah sebenarnya nak tukat set sofa dan meja makan. Set sofa yang lama tu dah teruk sangat koyaknya. Tapi structure dia elok lagi. Set tu beli pun mahal..dalam RM5K ke RM6K camtu. Dah 7 tahun kan..so kusyen dia dah koyak. Tambah pulak dengan anak-anak yang suka lompat2 atas tu..mmg lg cepat la dia koyak rabak.
Ni single seater..elok lagi keadaannya. Ni la salah 1 sebab kenapa rasa berat sangat nak beli set baru. 



3 seater ni la yg plaing teruk skali keadaannya. Dah berapa kali tampal guna duck tape tu..asyyik kene bukak je ngan anak2

Ada banyak sebab kenapa rasa berat nak tukar set sofa ni:
==> yang teruk hanya yg 3 seater tu je. Yang lagi dua elok sangat lagi
==> tak ada kedai perabot yg berhampiran rumah ni yang nak tolong g buangkan or yang nak amek set sofa ni..in case beli yg baru.
==> ongkosnya....mahal sangat la kalau nak beli set baru yang ok. Dah la tengah kumpul duit untuk benda yang lebih penting ni..

ok..bila dah konsider dari pelbagai sudut, dah tak jadi beli set baru.
Dining table pun gitu jugak. Makmentua mintak meja makan yang segi empat..yang bulat makan space. Tapi sebab keadaannya yang still elok dan tak tahu nak campak kat mana yang lama ni kalau beli yang baru, hajat nak beli baru tu terbantut.

Sampai la husband terjumpa 1 kedai kat puchong ni yang boleh make over semula perabot.
Kian Hong Design nama kedai tu.
Borak punya borak..send gambar semua..tauke tu cakap dia boleh buat bagi cantik.
Harga??
Hanya la RM1500 untuk set sofa dan RM800 unruk meja makan.
Cover leather lagi tu..
Pengambilan dan penghantaran percuma lagi uuuuu...
Seminggu lepas dia ambil untuk make over tu..hari ni dah dapat semula.
Hasilnyya???
memang mantoppp!



ini model cilik..excited nak duduk dikelilingi set sofa yg still bau kulit tu...


dah dapat set sofa "baru", susunan pun nak cuba yg baru jugak..cun x??

Ini la 3 seater yg amat dahsyat tu. Tauke tu pun cakap, spring2 semua dh rosak. so dia kasi ganti yang baru..PERCUMA je...


Cun kan..
Memang puas hati la servis dia.

Meja makan pulak, meja je tukar beli baru. dari bulat ke segi empat. Kerusi semua elok lagi, so kami mintak dia tambah span n balut dgn kain je. dah nampak macam baru.
Nah..untuk tatapan u all..

nampak macam tak matching kan kerusi dan table..tapi xpe..bila dah lapar, dah tak nampak warna kerusi dah..=)


Disebabkan kami dah jatuh cinta dengan servis kilang tu, next time kami akan buat make over dgn dia lagiii..=))
Sesiapa yang dah bosan dengan sofa skrg..nak tukar2 warna, boleh la. Nah no tauke tu..012-6865977. Tak tahu nama sebab save dia as "sofa" je..



Terima Kasih

01 September 2014

Dalam dilema....

Aku seorang guru.
I enjoy being a teacher.
Paling best bila students dtg bgtau yg mereka dh berjaya.
N kdng2 tgk kat fb diorg..masing2, dh g further study kat overseas, local universities...ambil courses yg hebat2.
Tapi..sejak akhir2 ni, beban guru semakin bertambah. Sampaikan aku takde masa untuk family. Aku ni pula jenis yang kalau diberi tanggungjawab, mesti akan buat bersungguh2. Yela..gaji cikgu ni tetap dibayar walaupun tak buat kerja. Tapi tak berkat la. So kene la buat..nak bagi anak2 makan takkan nak bagi makan duit haram kan.
Awal2 dulu selalu bergaduh dgb husband sbb tak pandai nak agihkan masa dgn bijak.
Now dah ok.
Masing2 dah memahami.
Tapi...aku still tak rasa puas hati dgn hidup aku.
Takde kepuasan org kata.
Sebabnya..aku tak dpt nak berikan sepenuh perhatian pada anak2 aku.
Rasa mcm diorg terabai je..tp x pun sebenarnya. Anak2 aku..mak mentua yg jaga. Memang jaga baik sgt. Tapi sbgai ibu..aku cemburu dengab ibu2 yg dpt bersama anak2 mereka 24 jam.
Aku nak buat semua untuk mereka. Kadang2 anak2 aku nangis nakkan mak mentua aku, or suami aku je..time ni lagi la cemburu. Rasa macam nak nangis je.
Ini buatkan aku selalu rendah diri.
Aku tak rasa aku ni seorang ibu yg baik.
So..aku buat keputusan, nak ambil cuti tanpa gaji selama setahun, coach anak2 aku betul2. Jaga suami aku baik2.
Pahala banyak kan jadi suri rumah.
Kalau pegi kerja, balik mesti merungut je.
Dah dosa sebab kerja tak ikhlas.
Baik duduk rumah. Kurang dosa..banyak pahala. Betul kan...
Tapi..(ish..banyak na tapi nyer.. ye la..sesuai la dgn tajuk entry ni "dlm dilemma")
Aku tak nak jadi suri rumah kosong2 gitu je. Aku nak jadi suri rumah berincome at least RM5000 sebulan.
Amacam?
Boleh x?
Of course la boleh!
Aku kan ada shaklee.
Segalanya possible dgn shaklee.
Aku nekad!
Lepas bersalin anak no 3, aku nak ambil cuti tanpa gaji.
Jaga anak2.
Jaga suami
Hantar n ambil harith dr sekolah.
Jaga bisnes aku.
Ermm....nnt mesti aku akan rindu pada kawan2 sekerja.
Rindu pada baju2 aku.
Rindu pada tudung2 aku
Rindu pada handbag2 aku..
Soooo saaaaddd....
Yet, i'm very sure that i'll be happier. 

akan sangat rindu nak pakai baju2 ni semua...
Dan lagi koleksi...yup..mmg bnyk. laki aku pun mmg selalu perli..
Dan tudung-tudung ku...=(
and of course..my beg collection...ni nasib baik koleksi kasut ada kat sekolah. kalau tidak itu pun aku upload..
Ni semua yg aku akan rindu...sob..sob
Tapi........

MEREKA INI LEBIH PENTING BAGI KU....


Terima Kasih

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign