29 December 2017

ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

Alfalfa adalah sejenis tumbuhan yang dikatakan sebagai pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya mengunjur sedalam 6 meter ke bawah tanah mampu menyerap pelbagai zat & mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya pula mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosontesis semula jadi.


Ni lah dia rupa Alfalfa. Macam taugeh pun ada. 

ALFALFA COMPLEX mempunyai banyak kelebihan Alfalfa secara optimum.
Dengan pengambilan yang teratur, insyaAllah Alfalfa boleh membantu banyak masalah kesihatan.

MANFAAT ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

1. Penawar keputihan
2. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
3. Resdung
4. Allergi
5. Melegakan sakit sendi dan belakang.
6. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
7. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
8. Memberi kelegaan semasa haid.
9. Merawat arthitis
10. Bagus untuk elergi dan ekzema
11. Merawat asma
12. Mencuci usus bagi membuang toksik
13. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan
14. Jangkitan dalam buah pinggang
15. Meneutralkan asid dalam badan
16. Merawat masalah keputihan pada wanita
17. Menganjalkan payudara bagi wanita.
18. Bertindak sebagai kacip fatimah bagi para isteri.
19. Memulihkan urat selepas bersalin
20. Membantu merawat bahagian intim wanita.
21. Meningkat stamina bagi persediaan hubungan suami isteri
22. Melegakan sembelit

Selain daripada bermanfaat untuk membantu mengurangkan masalah di atas, Alfalfa juga baik untuk usus anda! Maka, ini adalah BERITA BAIK buat mereka yang mengalami masalah bau badan dan sistem penghadaman.

Tahukah anda, sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat? Semasa proses pembersihan badan, bahan buangan akan disalurkan kepada 5 organ perkumuhan yang utama untuk dikumuhkan iaitu kulit, buah pinggang, kolon, paru-paru dan hat. Ingat pesan Nabi, jaga perut kalian. Ia adalah sumber segala penyakit.

Jika kita berusaha untuk membersihkan badan kita tetapi membiarkan sisa buangan terkumpul dengan banyak di dalam organ perkumuhan tanpa memastikan ia dibuang dengan cara yang sepatutnya, sisa buangan ini pasti akan diserap semula ke dalam sel badan kita!

Badan yang dibebani dengan kandungan toksin akan menunjukkan simptom-simptom seperti:

*penghadaman yang tidak sempurna,
*sembelit,
*kembung perut,
*kelesuan,
*berat badan naik,
*keadaan kulit yang tidak sihat,
*tekanan mental,
*tidur yang tidak lena,
*ruam kulit, sakit tekak,
*daya tumpuan lemah,
*sakit kepala, mulut berbau,
*tahap glukos darah yang tidak seimbang,
*mukus berlebihan dan badan berbau.

Pengamal perubatan semula jadi percaya bahawa simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan yang sangat tinggi.

Disyorkan anda mengambil Alfalfa kerana sifat klorofilnya yang anti-bakteria. Jika kita mengambil alfalfa, bakteria punca bau akan dapat dihapuskan.
.
.
Sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas, boleh la dapatkan Alfalfa Complex Shaklee dengan segera. Alfalfa Complex didatangkan dengan 2 size. Small 330 biji sebotol dan Large 700 biji sebotol.
.


Terima Kasih

28 December 2017

KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE UNTUK KULIT

Lately supplement Vitamin C sangat famous dikalangan wanita especially yang muda-muda. Supplement Vitamin C sering dikaitkan dengan kecantikan kulit. Tapi Vitamin C bukan sahaja untuk kecantikan kulit tapi untuk kuatkan sistem imune badan juga. Vitamin C merupakan vitamin larut air dan ianya satu supplement yang essential untuk tubuh badan manusia. Means kita memang perlukan Vitamin C.


ANTARA SIMPTOM KEKURANGAN VITAMIN C:

1. Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
2. Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
3. Luka yang lambat sembuh
4. Mudah selsema / bersin
5. Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
6. Mudah dapat ulser
7. Mudah demam / antibodi tak kuat
8. Gusi berdarah
9. Salur darah mengecil
10. Sakit sendi
11. Tanda lebam pada badan weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)

MANFAAT UTAMA VITAMIN C:

1. Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

4. Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

5. Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

8. Membantu dalam proses penyembuhan luka pada kulit dan lapisan mukosa tubuh (mulut, paru-paru & sistem penghadaman )

9. Menguatkan saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung koronari ,stroke (angin ahmar), kerosakan buah pinggang dsbgnya

10. Membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah

11. Membantu dalam proses detoksifikasi dalam badan dari penceramaran logam berat seperti bahan logam berat (Plumbum,raksa & arsenic)

12. Meningkat tenaga & mencegah rasa keletihan yang melampau.

SIAPA YANG PERLUKAN VITAMIN C?:

1. Perokok.

2. Orang yang mudah stress sebab stress akan memusnahkan Vitamin C dalam badan.

3. Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan serap Vitamin C dan akibatnye Vitamin C akan musnah cepat dalam badan.

4. Orang yang nak cantik kulit atau yang ada masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan Vitamin C untuk membina kolagen kulit yg sihat dan perbaiki tisu kulit.

5. Semua orang yang inginkan kesihatan yg baik sebab Vitamin C menyokong sistem imun dlm badan dan mengurangkan demam selsema yg berpanjangan.
.
.

Banyak manfaatnya makan Vitamin C ni. Tapi hati-hati yer beli Vitamin C yang ada dijual di pasaran. Kebanyakkannya bukan yang semulajadi. Bagaimana nak tahu brand mana yang selamat dimakan?

Caranya mudah sahaja:

1. Cuba cari artikel sains ,atau mana mana journal yang boleh ceritakan proven vitamin brand  itu sendiri

2. Mempunyai landmark study utk menjalankan proses RnD yang mana jika di Shaklee ,sebelum menjadi bahan mentah yang utama, ahli saintis akan menjalankan kajian sbnyk 360 kali utk pastikan pilihan produk yang terbaik,mempunyai 100 terbitan artikel menceritakan vitamin produk, dan sanggup melaburkan billion ringgit supaya produk itu betul-betul selamat.

Dengan sifat semulajadi yang ADA insha Allah dengan konsep Living in Harmony by Dr Forest C Shaklee ia tidak akan membebankan organ dalaman

PERBEZAAN SHAKLEE DENGAN VITAMIN C BRAND LAIN DI PASARAN

VITAMIN C SHAKLEE

1. Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.

2. Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vitamin C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.

3. Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.

4. Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)

5. Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah

6. Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan. Dilepaskan kedalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

7. Berbaloi dgn harga yang kita beli dan keistimewaan Vitamin C Shaklee daripada jagung Dan selamat untuk dimakan oleh mereka yang ada masalah gastrik teruk.

TESTIMONI VITAMIN C SHAKLEE


TESTIMONI KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C SHAKLEE

TESTIMONI KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C SHAKLEE


TESTIMONI KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C SHAKLEE


TESTIMONI KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C SHAKLEE



TESTIMONI KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C SHAKLEE



TESTIMONI KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C SHAKLEE



TESTIMONI KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C SHAKLEE


TESTIMONI KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C SHAKLEE


TESTIMONI KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C SHAKLEE


 ORDER NOW!!




Terima Kasih

27 December 2017

SET RESDUNG SHAKLEE

Mostly mereka yang ada resdung ni paling tak boleh tahan hidung gatal dengan bersin. Selain itu muka rasa sakit dan sengal-sengal.
.
APA ITU RESDUNG?

Resdung merupakan radang hidung yang menyebabkan hidung dan organ lain menjadi gatal dan tidak selesa. Hampir semua orang ada resdung. Ada yang resdung sikit. Ada yang severe resdung.  Apa yang menjadi masalah adalah bila penyakit resdung ni diambil mudah atau dipandang remeh oleh masyarat. Biasanya kita akan cakap "ala..biasalah. Resdung!" Resdung bukan penyakit biasa yer.. Kalau dibiarkan tanpa rawatan, ianya akan bersarang dalam hidung dan menyebabkan ianya melarat.

SIMPTOM RESDUNG

1. Sering mengalami hidung tersumbat

2. Mempunyai lendir dari hidung dan tekak

3. Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan antara mata.

4. Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.

5. Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan.

6. Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi dan juga sering gatal hidung.

7. Mengalami jerawat di muka dan badan.

8. Nafas berbau

9. Kulit kepala berkelemumur, gatal dan rambut gugur.

10. Sering sakit kepala, pening dan migrain.

CADANGAN SET RESDUNG SHAKLEE

Okey, below are the 3 supplement yang saya recommend untuk mereka yang menghidap penyakit resdung.
.



🌸 Alfalfa Complex
👉Mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung ( sinuisitis)
👉 Kaya dengan sumber klorofil yang membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives), dan resdung (sinuisitis) 👉Penghidap penyakit SLE tak digalakkan mngambil Alfalfa sebagai suppliment.

Alfalfa ni ada 2 size;
Small 330 biji berharga RM60.95
Large 700 biji berharga RM108.65
.



🌸 B Complex
👉Kandungan B6 dalam B Complex berperanan untuk memelihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan
👉Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka
👉Membantu dalam membina protien dalam tubuh

Harga : 120 biji Bcomplex RM58.75
.



🌸 Vitamin C
👉Sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan menghadapi serangan penyakit
👉Mempercepatkan proses penyembuhan tisu tubuh
👉Memastikam proses pemuliharaan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Harga : 180 biji Vitamin C RM103.35

Setiap pembelian 1 set resdung shaklee ni untuk kegunaan selama 4 bulan. Jadi memang sangat berbaloi dan jimat.

SET RESDUNG SHAKLEE
FULLSET SET RESDUNG SHAKLEE

.
TESTIMONI SET RESDUNG


KULIT BEBAS JERAWAT SELEPAS AMALKAN SET RESDUNG SHAKLEE
KULIT BEBAS JERAWAT SELEPAS AMALKAN SET RESDUNG SHAKLEE


SET RESDUNG SHAKLEE
DAPAT BERNAFAS DENGAN SEGAR DAN LANCAR SELEPAS 10 TAHUN


SET RESDUNG SHAKLEE
BENGKAK HIDUNG SURUT DAN TIDAK ALAH PADA MAKANAN



SET RESDUNG SHAKLEE
MENGATASI MASALAH ALERGIK
.
.So for those yang dah lamamenderita penyakit resdung, do not hesitate to try Set resdung Shakee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi yang selamat dan bebas dadah. Penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak yang akhirnya boleh membawa maut.
.

Untuk order terus dari Shaklee boleh klik GAMBAR SET RESDUNG di bawah:



Sekiranya anda perlukan konsultasi lanjutan, boleh klik gambar dibawah ini:





Terima Kasih

26 December 2017

APA ITU PROSES PENUAAN?

Penuaan merupakan satu proses pengurangan daya maju tubuh badan untuk bertindakbalas terhadap stres luaran dan kebolehan untuk berfungsi dengan baik serta peningkatan kerentanan atau dalam erti kata lain, lebih terdedah kepada penyakit.

Setiap individu melalui proses penuaan yang berbeza. Ada yang umur 30 tapi dah nampak macam 40. Ada yang baru berusia 40, tapi dah nampak macam 60 tahun.

Apa yang meyebabkan proses penuaan ini berlaku? There are no exact reasons. Penyelidikan masih lagi berlaku dan ianya memakan kos yang sangat tinggi. Tapi terdapat beberapa hypotesis berkaitan punca proses penuaan ini. Dalam entry kali ni saya nak fokus pada 2 faktor sahaja. Banyak-banyak kang jadi weng pula pale otak kan..😂

1. FREE RADICAL / RADIKAL BEBAS

Radikal bebas merupakan molekal yang tak stabil yang mengandungi hanya satu elektron sahaja. Radikal bebas ni tak semsetinya bersifat negatif. Ianya boleh juga jadi positif atau natural. Kerosakan yang timbul akibat radikal bebas ini adalah bila ianya bercampur dengan molekul lain yang mengandungi elektron berpasangan. Bila dia bercampur dengan molekul berpasangan, radikal bebas ni akan tarik salah satu elektron dari molekul berpasangan itu tadi untuk dijadikan pasangan dia. Ini meyebabkan molekul yang asalnya ada pasangan, kehilangan pasangannya dan menjadi radikal bebas. Radikal bebas ini akan mencari molekul lain untuk diambil pasangannya.

Bahasa mudahnya, radikal bebas ni ibarat pencuri la. Dia curi elektron dari molekul yang sihat. Pastu elektron yang sihat tu jadi radikal bebas. Dia pulak curi dari molekul sihat yang lain...




So, this process keeps on going. Kesannya, molekul menjadi rosak. Bila molekul rosak, sel rosak. Bila sel rosak, sel tidak boleh diperbaharui. Bila tiada pembaharuan sel, ataupun sel-sel baru tidak dihasilkan, maka berlakulah penuaan.

Apa yang menyebabkan radikal bebas terbentuk?

1. Tabiat Merokok
2. Terdedah kepada sinar UV
3. Metabolisma badan
4. Pencemaran Udara
5. Radiation

2. KEROSAKAN DNA

DNA kalu nak diterangkan secara saintifiknya agak kompleks. Secara ringkasnya, DNA merupakan identiti setiap sel.  Setiap sel berbeza DNA nya. DNA inilah yang menentukan fungsi setiap sel itu. Bila sel membahagi untuk membentuk sel baru, DNA akan ditiru oleh sel baru ni. Contohnya sel A mengandungi DNA bernama A+. So bila sel A ni membahagi dan menghasilkan sel A1 dan Sel A2, maka kedua2 sel baru A1 dan A2 ini akan mengandungi DNA A+ juga.

Kerosakan DNA merupakan satu proses semulajadi. Setiap hari banyak DNA yang mati. Tapi, badan kita mempunyai mekanisma lain yang boleh mengurangkan kerosakan DNA. Mekanisma lain itu akan gantikan DNA yang rosak supaya sel boleh berfungsi dengan baik semula. Tetapi....DNA yang telah diganti boleh rosak jugak!! Penyebabnya?? Radikal bebas!!

APA YANG BOLEH HENTIKAN RADIKAL BEBAS?

Radikal bebas memang tak boleh dihentikan. It is NOT stoppable.
Tapi kita boleh ambil makanan dan suplement tinggi antioksidan untuk menstabilkan radikal bebas tanpa mengangu molekul sihat yang lain.

10 MAKANAN TINGGI ANTIOKSIDAN:

1. Kacang-kacangan.
2. Buah-buahan terutamanya jenis berry yang berwarna terang.
3. Sayur - sayuran
4. Green Tea
5. Minyak Zaitun/ Olive Oil
6. Madu

SUPPLEMENT SHAKLEE YANG TINGGI ANTIOKSIDAN










Terima Kasih

25 December 2017

VIVIX DAN ARTIS

Punya lah terkenal Vivix ni sampai ramai juga artis yang makan.

Shaklee tak perlu introduction dari duta yang terdiri daripada artis. Shaklee memang tak ada appoint mane-mane artis jadi duta. Yang jadi duta adalah pengguna sendiri.

Artis yang mampu beli produk-produk yang sangat mahal pun tetap pilih shaklee sebab shaklee memang yang terbaik dan selamat diamalkan setiap hari. Kalau tidak tak kan Shaklee bertahan di pasaran luar dan tempatan lebih dari 100 tahun kan..








Semua artis yang ambil vivix ni memang nampak awet muda kan...
Korang kalau nak awet muda pun boleh. Bukan artis je mampu. Lagi-lagi sekarang ni tengah promo Vivix. Vivix tengah murah ni tauu..sangat murah and setiap pembelian promo pack ada benefit lain juga:

1. FREE keahlian bernilai RM69.50
2. CASH BACK BONUS sebanyak RM36 hingga RM73
3. Less 5% kalau beli 2 botol dan FREE 1 botol kalau beli 6 botol.
4. Peluang menjana pendapatan tambahan
5. Peluang pergi menunaikan Umrah 100% PERCUMA
6. Peluang pergi bercuti 100% PERCUMA

Aish..banyak nau benefit beli Vivix bulan ni. Cepat2 klik gambar saya dibawah ni yer. Promosi tamat 31 Disember tau..



Terima Kasih

24 December 2017

KESIHATAN MAK BERTAMBAH BAIK SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE

Hari tu borak2 dengan mak pasal isu hangat pengambilan Supplement ni. Cerita punya cerita, then mak keluarkan medical reports mak, dia tunjuk BUKTI pengambilan Supplement. TERKEJUT I tauuuu...
👇👇👇👇
============================================
.
Ini Medical Report Mak saya. Mak buat Medical Check up setiap tahun. Dari tahun 2005 lagi. Tak pernah miss even a year. Latest Medical Report 2017. Mak kata doktor pun terkejut dengan result 2017. Berbeza sangat dengan result tahun 2010. Skrg mak berusia 61 tahun nak masuk 62 dah. 😊
.
Mak memang pengamal supplement sejak dulu lagi..macam2 supplement dia makan.  Tahun 2012 mak start ambil Shaklee.
.
Mak ada masalah kolestrol tinggi dan bacaan GGT dia tinggi. Yang lain2 semua ok je..tak de masalah. So mak start ambil suplemen shaklee untuk kolestrol.
.
Antara improvement pada kesihatan mak:
.
1. Bacaan kolestrol turun. Tahun 2010- 6.4 turun ke 4.79. Ni dah kira mak bebas high kolestrol. LDL iaitu Kolestrol jahat pun dah turun dari 4.1 ke 2.6. Triglecerides iaitu lemak dlm badan pun turun dari 2.0 ke 1.75. Mak ambil OMEGAGUARD, VIVIX, PHYTOCOL-ST. Now dah stop Vivix dan Phytocol-St. Maintain ambil Omegaguard. Mak kata ambil Omegaguard ni badan rasa cergas.


Suplemen Shaklee untuk Kolestrol

.
2. Bacaan gula turun. Walaupun pada tahun 2010 tu bacaan hanya 5.4, tak ada diabetes. Tapi masa tu umur mak 55. Skrg dah 61 bacaan Turun ke 5.14. Imporvement kan.

Suplemen Shaklee untuk kencing manis

.
3. Bacaan GGT - GGT atau Gamma Glutamyl Transpeptides ni sejenis enzime yg dihasilkn oleh organ terutamanya hati. Sepatutnya bacaannya hanya rendah iaitu 9-39 U/L. Pada tahun 2010, bacaan GGT mak 248. Masa ni tinggi sbb masa ni mak amalkan minum teh Cina yang dia beli kat kedai Sensei. Tahun 2017 turun ke 120. Kene turun lagi ni. InsyaAllah.

Suplemen Shaklee untuk kesihatan hati

.
4. Masalah sembelit yg mak alami bertahun2 lamanya settled. Mak ambil OSTEMATRIX, HERBLAX. Masih lagi ambil sampai sekarang.
.
5. Sakit2 sendi lutut semua alhamdulillah dah getting better sangat. Dulu nak duduk bersila susah. Nak solat pun struggle. Now ok dah..Boleh solat dengan selesa.
.
Antara Produk Shaklee yang Maka Makan:
1. Vivix
*Dah stop sejak kolestrol dah turun.
2. Phytocol-ST
*Dah stop sejak kolestrol dah turun
3. Omegaguard
4. Ostematrix
5. Herblax
6. Lecithin
7. Vitamin C
.
Selain amalkan makan supplement, mak amalkan cara hidup yang sihat. Makan yang sihat2. Ada workout.
.
Alhamdulillah sangat2. Masih lagi rasa makan supplement boleh worsen the health condition? insyaAllah tak..tapi make sure beli supplement yang 100% semulajdi yer macam SHAKLEE ni. 😍😍😍
.
Jadi kalau anda rasa nak hadiahkan something untuk mak atau ayah anda, saya suggest bagi lah suplemen Shaklee. Tiada benda yang lebih bernilai dari mak ayah dan tengok mereka sihat menjalani hidup di usia tua.
.


Terima Kasih

23 December 2017

VIVIX - TONIK MELAMBATKAN PROSES ANTI-PENUAAN

Ramai yang bila saya suggest ambil Vivix untuk masalah kesihatan yang mereka hadapi terutamanya kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi, akan bertanya, "Apa tu Vivix? Produk Shaklee ke?"
.
Jawapannya:

Iyer..Vivix merupakan produk Shaklee yang dicipta pada tahun 2008. Vivix merupakan produk yang paling terbaik dan satu-satunya produk anti-penuaan di dunia yang mengandungi 10x lebih tinggi antioksidan berbanding produk anti-penuaan lain.
.
Vivix merupakan tonik anti penuaan yang dihasilkan oleh Shaklee yang mengandungi bentuk resveratrol yang paling tulen dan ekstrak polifenol yang sangat kuat yang dihasilkan daripada satu-satunya anggur dalam alam semulajadi yang mempunyai kromosom tambahan iaitu anggur Muscadine ataupun Muscadine Grape. 

VIVIX - TONIK MELAMBATKAN PROSES ANTI-PENUAAN
MUSCADINE GRAPE - Sejenis anggur yang mengandungi 1 kromosom lebih dari anggur-anggur lain yang menjadikannya sumber resveratrol terbaik. Merupakan salah satu bahan dalam Vivix.

.
Pernah dengar "antioksidan"? Mesti pernah kan! Antioksidan ni biasanya dikaitkan dengan awet muda dan juga penyakit kanser. Nak awet muda, perlu makan makanan yang tinggi antioksidan macam buah anggur. Begitu juga dengan mereka yang menghidap penyakit kanser atau yang mempunyai risiko menghidap kanser, biasanya digalakkan mengambil makanan yang tinggi antioksidan. 
.
Resveratrol, yang biasanya ditemui dalam anggur dan kacang, merupakan sejenis antioksidan yang sangat kuat. Polifenol, yang biasanya ada dalam tumbuh-tumbuhan yang berwarna terang ataupun bright seperti buah epal, anggur, strawberry, dan cranberry, juga merupakan sejenis antioksidan yang sangat tinggi. Dalam Vivix ada gabungan kedua-dua jenis antioksidan yang super powerful ini. Ini lah yang menjadikan Vivix 10x lebih powerful dari produk-produk antioksidan lain yang biasanya mengandungi resveratrol sahaja.
.
Selain ekstrak anggur Muscadine, Vivix juga mengandungi ekstrak European Elderberry, Japanese Knotweed, dan Purple Carrot. Keempat-empat tumbuhan ini mengandungi resveratrol yang terbaik.

BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM VIVIX

.
Jadi apa manfaat Vivix?

Yang paling utama, Vivix MELAMBATKAN PROSES ANTI-PENUAAN. 

Kebanyakan masalah kesihatan akan timbul bila kita semakin tua. Puncanya -PROSES PENUAAN. Nak tahu apa itu proses penuaan = > klik PROSES PENUAAN (AGING).

Semakin kita tua, banyak sel kita yang akan mati. Bila sel mati, sepatutnya digantikan dengan sel baru. Tetapi proses penuaan menyebabkan sel diganti dengan lambat atau tak diganti langsung. Bila sel tak diganti, organ-organ tidak dapat berfungsi dengan baik sebab asas binaan organ adalah sel. Bila organ badan kita tidak berfungsi dengan baik, maka banyak la fungsi tubuh badan kita jadi tidak normal which leads to masalah kesihatan macam yang saya sebutkan di awal entry ini. 

Disinilah Vivix membantu dengan melambatkan proses penuaan supaya kita hidup lebih sihat dengan lebih lama. LIVE YOUNGER LONGER.






Terima Kasih

22 December 2017

LUKA BERKHATAN CEPAT SEMBUH DENGAN SHAKLEE

Bila musim cuti sekolah tiba je mesti newsfeed Facebook penuh dengan parents share tentang pengalaman khatankan anak mereka. Jadi dalam entry kali ni Fidah nak share tentang berkhatan.

Apa Itu Berkhatan?

Berkhatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit wanita atau lelaki. Hukum berkhatan ni wajib bagi semua yang bergelar muslim.

Berkhatan merupakan satu amalan dari zaman Mesir Purba lagi. Biasanya di Malaysia penjaga akan pilih cuti penggal sekolah samada pertengahan tahun ataupun akhir tahun. Biasanya akhir tahun la kan sebab cuti panjang so boleh la ambil masa sikit nak bagi anak tu betul-betul sembuh. Di Mesir, berkhatan di lakukan dalam masa 7 hingga 10 hari lepas anak itu dilahirkan. Di Malaysia pula berkhatan di lakukan semasa anak itu berusia 8 hingga 12 tahun.

Manfaat Berkhatan

1. Buang tempat bersarangnya kotoran dan najis.
2. Asas kesihatan dalam Islam
3. Mencantikan bentuk kemaluan
4. Memelihara tenaga batin
5. Sunnah Nabi Ibrahim a.s dan Rasulullah
6. Menghindar dari penyakit - HIV dan AIDS
7. Mengurangkan keinginan onani ketika anak-anak baru baligh

Kaedah Berkhatan

Dulu-dulu berkhatan dilakukan dirumah je. Tok mudim ada datang rumah untuk khatankan.
Sekarang ni dah ada teknik baru untuk berkhatan a.k.a bersunat alaf baru iaitu berkhatan laser. Tetapi berkhatan cara lama yang melibatkan jahitan lebih cepat sembuh dari laser.
.
Bagi para ibu, apa yang paling penting semasa proses berkhatan ni adalah proses penyembuhannya. Setiap ibu mesti mengharapkan anak yang dikhatan itu sembuh dengan cepat dan sempurna. Tapi ada juga ibu yang risau bila tengok anak tu aktif semacam je selepas berkhatan. So dalam entry ni, saya nak cadangkan beberapa supplement shaklee yang ibu-ibu boleh beri pada anak supaya mereka sembuh dengan cepat.

1. MEALSHAKES - Mengandungi vitamin dan mineral yang lengkap yang membantu luka berkhatan cepat sembuh. Biasanya bila tubuh anak-anak cukup nutrisi, luka senang nak sembuh.

LUKA BERKHATAN CEPAT SEMBUH DENGAN SHAKLEE

2. VITAMIN C - Vitamin C mempercepatkan proses pemulihan luka. Tapi make sure yang organik yer. Bukan yang sintetik. Disebabkan sekarang ni vitamin C untuk kanak-kanak out of stock, saya bagi anak Vitalea for Kids yang juga mengandungi Vitamin C.

LUKA BERKHATAN CEPAT SEMBUH DENGAN SHAKLEE
Add caption


3. OMEGAGUARD - Elakkan bengkak dan sebagai agen anti radang. Terutamanya untuk anak-anak yang memang lasak dan tak boleh duduk diam.

LUKA BERKHATAN CEPAT SEMBUH DENGAN SHAKLEE

Ketiga-tiga supplement ni Fidah dah start bagi pada anak sejak sebelum dia berkhatan lagi sebagai langkah berjaga-jaga agar dia tak dijangkiti demam atau selsema. Kalau demam selsema dah satu hal pula kan.

LUKA BERKHATAN CEPAT SEMBUH DENGAN SHAKLEE





Terima Kasih

21 December 2017

Berkhatan : Persediaan Sebelum & Tips penjagaan - Pemakanan dan Supplement


Berkhatan : Persediaan Sebelum & Tips penjagaan

Masa decide nak khatankan harith, Fidah banyak juga baca blogs berkaitan berkhatan ni. Semua blogs mention tentang penjagaan selepas berkhatan. Tak ada pun yang cerita tentang penjagaan sebelum berkhatan. I waas curious jugak kan nak tahu apa perlu dibuat sebelum berkhatan to make sure Harith sembuh dengan cepat. Dan di sini Fidah kongsikan yer.

SEBELUM
========

1. Ibu dan ayah perlulah berdoa banyak agar proses berkhatan anak tu berjalan dengan lancar. dari nak pilih klinik atau hospital, nak pilih kaedah, nak pilih doktor, and semua2 la, minta petunjuk dari Allah SWT.

2. Ibu dan ayah perlu banyak membaca tentang bagaimana proses berkhatan tu dijalankan so that kita tahu what to expect semasa dan selepas berkhatan.

3. Bagi anak makan telur ayam kampung. Ni nasihat dari 3 orang nenek Fidah dan ibu mertua. Telur ayam kampung memang terkenal dengan khasiat dan sumber yang kaya dengan protein. Protein ni essential untuk penyembuhan dan pencantuman semula luka. So, Fidah decide nak bagi Harith makan 2 biji telur ayam kampung, half-boiled setiap hari selama 10 hari sebelum dia berkhatan.

4. Bagi anak makan sayur dan buah2han yang kaya dengan Vitamin C. Vitamin C ni terkenal sebagai imune booster. Bila imune anak-anak kuat, segala jenis masalah kesihatan akan dapat diatasi. Antara sumber makanan yang kaya Vitamin C adalah buah Oren. Tapi Fidah tak berani nak bagi Harith makan buah oren especially di musim hujan ni sebab takut dia akan kene selsema. Doktor dah pesan masa appointment, kalau Harith kene selsema, surgery terpaksa ditangguh. So Fidah tak berani nak ambil risiko. Instead of bagi buah oren, Fidah bagi Harith makan Chewable Vitalea For Kids yang juga mengandungi Vitamin C yg diperlukan Harith. Selain itu, Fidah ada juga bagi dia Omegaguard Shaklee dan Mealshakes Shaklee untuk lindungi dia dari kene batuk.

5. Selalu cerita pada anak tentang apa itu berkhatan dan apa manfaatnya. Jadikan cerita tu menarik supaya anak jadi excited nak berkhatan.

SELEPAS
=======

1.  Make sure anak tu tak lasak. Bagi di berehat sahaja atau baring sahaja. Biar la kan dia nak jadi raja 3 4 hari. Bak kata jiran katil Harith kat wad, 'org laki time ni je la nak merasa jadi raja'..hihi.. Bukan apa, kalau lasak2 nanti takut ada pendarahan aktif.

2. Make sure hujung kepala bebird tu sentiasa kering untuk elak jangkitan kuman atau bakteria. Setiap kali lepas kencing make sure lap hujung kemaluan tu dgn tisu atau cotton ball. Dap dap je. jangan tekan pulak. Lepas mandi pun macam tu. Pastikan betul2 kering. Fidah guna tisu dan hair dryer untuk keringkan. Bila kering, kurang risiko jangkitan.

3. Please guna ubat yang doktor bagi sahaja yer. Jangan macam-macam ubat disapu.

4. Makan kene pantang. Jangan makan ikan yang gatal-gatal. Makan makanan yang kaya sumber protein macam ikan, ayam kampung (elak makan ayam biasa) dan sayur2an tu jangan tinggal. Fidah banyak bagi sawi dan bayam. Sebab senang dia nak membuang nanti. Lawas.  Supplement set Berkhatan jangan tinggal. nak fast recovery kene la makan semua secara konsisten. Selain bantu pemulihan yang cepat, pengambilan set berkhatan shaklee ni juga buat anak tu kekal bertenaga. Tak adalah lembik je kan..

5. Ibu dan ayah jangan tinggal berdoa banyak2 pd Allah SWT. Masa masak makanan untuk anak yg berkhatan tu ibu selawat lah banyak dan minta Allah sembuhkan anak tu dengan cepat.

Itu sahaja perkongsian dari Fidah tentang tips persediaan dan penjagaan berkhatan. dibawah ni Fidah share testimoni Set Berkhatan Shaklee yer.

Berkhatan : Persediaan Sebelum & Tips penjagaan
SET BERKHATAN SHAKLEE : Set ni boleh mula bagi pada anak sebelum berkhatan lagi dan lepas berkhatan teruskan makan.


Testimoni Set Berkhatan Shaklee
"Luka cepat baik dan nampak bertenaga"


Testimoni Set Berkhatan Shaklee
Makan supplement luka cepat kering


Terima Kasih

Add to netvibes Subscribe in Bloglines

Naturally Healthy and Beautiful Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign