Bila
waktu terbaik utk minum air?..Minum juga punya waktu-waktu tertentu
yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang
minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum
di waktu-waktu berikut :
· Pagi selepas bangun dari tidur.
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh
sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan
badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah
sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun
dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat
menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein
· 30 minit sebelum waktu makan.
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu
makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering
disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu
mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau
sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh
mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada
menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.
· Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang
hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air
putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih setiap kali minum)
boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar
juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan
__________________________________________________
*p/s: setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air
kosongsekurang-kurangnya 1 liter..
HAFIDAH KHAJA MOHIDEEN SHAKLEE INDEPENDENTT DISTRIBUTOR (SID 910017) CONTACT NO: 019-2612786
No comments:
Post a Comment