Dah lama tak update blog ni.
Dah bersawang dah ha...
Saya ni bukan lah peminat spaghetti. Kalau yang kat kedai tu memang saya tak makan. Tak suka rasa dia yang pelik2. Tapi saya suka sangat makan spagetti yang saya buat sendiri. Resepinya saya dapat dari adik saya.
Puasa ke 5 hari tu teringin sangat nak makan. Dah dua tiga hari mengidam sebenarnya. Asyik terbayang-bayang je spagettiku yang lazzzaaaattttt...*serious hokeyy..memang sedap. I bukan tipu2 tau or angkat bakul tauuuu!!=P
Resepinya...MUDAH yang amatt!!
1. 1 botol sos spagetti tradisional (Saya guna brand KIMBALL)
2. 1 botol sos spagetti perasa chicken + muchroom (KIMBALL jugak)
3. 5-6 ulas bawang putih.
4. 1 biji bawang thailand
5. 1 tin cendawan butang
6. 1 biji cili benggala (Capsicum)
7. 1 biji tomato
8. 6 keping burger ayam. (saya suka guna burger ayam sebab rasa dia sedap. kalau nak guna ayam cincang pun boleh)
9. 1 tin sup cambell perasa cendawan.
10. 1 bungkus spagetti
11. Garam
Cara-caranya:
1. Tumbuk bawang putih
2. Potong kecil-kecil bawang thailand + cendawan butang + cili bengala + tomato + daging burger ayam
3. Panaskan periuk. Tuangkan sedikit minyak. Kalau minyak zaitun lagi sedap.
4. Masukan bawang putih. Masak sehingga naik bau. Then masukan bawang besar thailand tadi. Masak sehingga bawang berubah warna jadi keemasan sikit.
5. Masukkan daging burger yang dipotong kecil-kecil tu. Biarkan sebentar sehingga daging ayam tu betul-betul masak. Sampai naik bau.
6. Then masukan sos tradisional + sos mushroom + chicken KIMBALL tadi. Gaul-gaul sikit. Then masukan air mengikut ukuran botol sos KIMBALL. Air 1 botol dah cukup. Kalau suka cair, boleh tambah lagi air.
7. Masukkan garam secukup rasa.
8. Bila kuah dah mula mendidih, masukan cili bengala + cendawan butang + tomato. Gaul lagi sehingga sebati.
9. Masukkan sup cambell perasa cendawan. Gaul lagi sehingga sebati.
10. Biarkan sehingga mendidih. Then dah siapppp!!
Untuk spaghetti pulak, didihkan air. masukkan sedikit garam dan sedikit minyak. tujuannya supaya spagetti tak melekat sesama sendiri. Masukkan spagetti dan biarkan sehingga spagetti tu masak.
dah siap semua...boleh la hidang.
Simple, senang dan cepat and of course sedap.
Saya suka buat sendiri sebab boleh letak banyak isi dan boleh makan tambah-tambah=)
Spaghetti ni tinggi sumber zat besi tau, sangat sesuai bagi ibu-ibu hamil dan bagi mereka yang ada anemia.
Lagi satu...buat sendiri terjamin kebersihannya..=)
Tengok tu...bersemangat Harith makan. Habis licin.
No comments:
Post a Comment