Orang kata, 5 tahun pertama perkahwinan tu paling mencabar.
Sebab dalam masa 5 tahun tu la kita nak kenal hati budi masing-masing.
Memang betul pun.
The past 5 years has been so challenging.
Walaupun dah kenal selama 6 tahun sebelum kahwin, tapi tak sama macam tinggal sebumbung.
Zaman bercinta dulu jumpa sekejap-sekejap je. Jarang-jarang. Gaduh pun over the phone je. So tak kenal sangat hati budi kan.
Saya nak faham encik suami.
Encik suami nak faham saya. Pulak tu kami merantau kerja.
Travel every weekend dengan baby kecik, sarat pregnant.
Penatnya Allah sahaja yang tahu.
Bila badan penat, jadi emo.
Bila emo jadi gaduh.
Then pjj pulak. Encik suami sambung belajar di UPM. Saya pula kerja di pahang. Stresss wooo duduk sorang-sorang dengan anak tanpa suami.
5 tahun..macam-macam dah berlaku. Anak pun dah 3 orang. Alhamdulillah..Allah bagi kami pinjam kebahagiaan yang tak terhingga.
Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke 5 ni, saya nak buat ucapakan sikit.
Nak cakap depan-depan pada encik suami, mesti tak boleh. Kang start cakap je air mata yang akan laju turun. So saya tulis dalam blog. Biar sentiasa ada..😊
Thank you sayang for everything. Awak banyak bersabar dengan saya. Awak cuba sedaya upaya untuk "happy" kan saya. Saya sangat hargai semua yang awak dah buat untuk saya.
You are my back bone.
You are my best friend.
You are my everything.
Thank you for loving me the way you do.
Thank you for accepting all my weaknesses.
Thank you for being my strength
Saya doakan sayang sentiasa berjaya dalam hidup dan dapat capai setiap impian sayang. I will always be there for you.
😍😍😍😍😍😘😘😘😘😘😘
Ok..dah.
Dah sebak dada. So harus stop.
Ada orang tanya dengan saya "kenapa panggil suami dgn panggilan "awak"?
Bukan kami tak pernah cuba tukar..dah pernah..tp rasa mcm kelakar pulak.
Kami bercinta selama 6 tahun. Selama 6 tahun tu, saya panggil encik suami :awak"..encik suami pun panggil saya "awak".
Lepas kahwin ada jugak kami cuba tukar panggil "abang-sayang". Tapi memasing tergelak...haha..Rasa pelik.
So continue je la panggil awak.
Yang penting saya hormat dia kan.
Tahun ni tak dapat sambut anniversary bersama. Saya kat rumah mak..encik suami pulak kat hutan di ulu langat nuuuun...
Terpaksa la postpone plan nak dating.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment